Posts

Showing posts from April, 2014

Surah Al-Kahfi

Image
Assalamualaikum.. Di antara amalan yang dianjurkan untuk dikerjakan di malam atau hari Jumaat adalah membaca surah Al-Kahfi. Waktu  disunnahkan  membaca surah Al-Kahfi  dimulai dari tenggelamnya matahari pada hari Khamis hingga sesaat menjelang matahari tenggelam di hari Jumaat . Membaca surah Al-Kahfi di garisan waktu itu mempunyai kelebihan yang besar. Berikut 3 di antara kelebihan membaca surah Al-Kahfi di hari Jumaat: 1. Dipancarkan cahaya pada dirinya di hari kiamat kelak, dari kaki hingga ke langit مَنْ َقَرَأَ سُوْرَةَ الْكَهْفِ لَيْلَةَ الْجُمْعَةِ أَضَاءَ لَهُ مِنَ النُّوْرِ فِيْمَا بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْبَيْتِ الْعَتِيْقِ "Barangsiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka akan dipancarkan cahaya untuknya di antara dua Jumaat." (HR. Al-Hakim dan Al-Baihaqi, disahihkan Al-Albani) 2. Diampuni dosanya antara dua Jumaat مَنْ قَرَأَ سُوْرَةَ الْكَهْفِ فِي يَوْمِ الْجُمْعَةِ سَطَعَ لَهُ نُوْرٌ مِنْ تَحْتِ قَدَمِهِ إِلَى عَنَانِ السَّمَاءَ

Petua Kehidupan Harian

Image
Assalamualaikum... Pesanan tanpa penaja tentang petua-petua berguna untuk kehidupan seharian. (chewahh!) Orang kata kalau..... 1. Buka tingkap / jendela di subuh hari, mudah rezeki masuk, tutup tingkap sebelum magharib untuk elak syaitan masuk dalam rumah kita. 2. Untuk elak rambut beruban,sapukan tangan yang masih basah dengan air basuhan selepas makan tu di kepala..tapi kalau dah jenis yang berpenyakit beruban tu tak dapat la nak tolong..hehe 3. Tutup kepala semasa membuang air kecil & besar, syaitan berak atas kepala tu!! jaga-jaga ;p 4. Kalau cirit birit elok minum air rendaman teh pekat tanpa gula..esok kalau sembelit tu jangan marah ;p 5. Kalau tak nak ketiak bau semacam je, semasa mandi boleh gosokan ketiak dengan gunakan belakang tapak tangan anda.. *bawang putih boleh buat ketiak busuk! beware! 6. Mengelak perut buncit.Sekiranya anda makan nasi, jangan disulami dengan air. Minum air setelah selesai makan.Sebaik-baiknya minum 1/2 jam - 3 jam