Posts

Showing posts from 2015

Family Vacation @ Limastiga, Melaka

Image
Assalamualaikum Happiness is .... when you go for a family vacation!  After 4 months, baru dapat up entry pasal this year's family vacation, huhu... Tahun ni kami pergi bercuti ke tempat yang berbeza sedikit. Dah boring asyik bercuti kat tempat yang lebih kurang sama je.. Asal family vacation je fikir pantai... Asal pantai je family vacation...ehh.hahaa Welcome to Limastiga bebeh! First thing firsts, check out the view...wewitt! Untuk pengetahuan semua, ini adalah private villa khas untuk Muslim sahaja. Ada 3 rumah di sini. Rumah SATU ada dua bilik, living room dan dapur sendiri. Rumah DUA ada satu bilik tingkat atas, and rumah TIGA ada 3 bilik dan ruang menonton tv di luar. Semua bilik-bilik ni memang spacious, each room ada 2 katil saiz queen. So, memang sesuai la untuk family yang anak berderet tuh. hihiii... * pic credit to limastiga.blogspot Kat sini ada di sediakan servis makanan untuk pagi, tengahari dan p

Kesan dan Akibat Stress

Image
Stress atau tekanan adalah tindakbalas fizikal, emosi dan mental terhadap sesuatu perubahan yang dialami. Stress merangkumi tekanan, beban, keletihan, ketegangan, konflik, panik, perasaan gemuruh, kebimbangan, kemurungan (depresi), tidak bermaya dan hilang daya cita. Secara amnya, stress (tekanan) boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu stress akut (jangka pendek) dan stres kronik (jangka panjang). Stress akut (stress jangka pendek) ialah tindak balas spontan badan terhadap apa-apa keadaan yang mencabar, menakutkan atau bahaya. Tahap stress ini pula bergantung kepada beberapa faktor seperti keterukan stress tersebut, tempoh stress yang dialami, dan cara individu menangani stress tersebut. Stress jangka pendek ini boleh sembuh dengan segera sekiranya faktor penyebab kepada stress tersebut dapat ditangani dengan baik. Stress jenis ini selalunya menunjukkan tanda-tanda masalah sakit jantung atau denyutan jantung tak normal. Stress kronik (stress jangka panjang) ini selalunya dialami oleh

Pengalaman Bersalin Anak Kedua

Image
Assalamualaikum... Hoyehhh! Setelah 9 bulan bersalin, barulah nak up entri kisah bersalin anak nombor 2. Hehee... Sekarang baru ada masa nak santai-santai rileks kembali fokus pada blogku. Most of my time (and energy of course!) banyak dihabiskan untuk anak-anak. Nak layan karenah dua orang anak memang bukan mudah i tell you. Sorang nak dukung, sorang lagi nak suruh suapkan makanan. Sorang beyak, sorang lagi nak nenen. Time dua dua orang menangis serentak...fuhhh... *istighfarrrr...istighfarrrr....cool mummy cool.... Whatever it is, nak jugak tepek kisah bersalin ni. Sebagai kenangan, later bolehla baca balik..bila time boring, bila anak dah besar, bila anak dah kawen...sob..sob..sob...Please don't grow too fast anak-anakku! Ibu dah panik ni bila fikir anak-anak nanti dah besar panjang, keluar rumah pergi belajar, pergi bekerja,tinggal ibu sensorang, wuuwwu.... Mengandung anak no 2 ni agak mencabar sikit. Sebab kita nak kena jaga suami, anak no 1, dan diri sendiri pun kena

Welcome Back Collagen Powder & Nutriferon !

Image
Yeayy... Yang ditunggu tunggu sudah muncul kembali. Nak beraya dengan kulit halus, gebu dan bebas jerawat? Gunalah Collagen Powder dari Shaklee. Selalu jatuh sakit? Kerap ambil MC? Ambil Nutriferon, insyaAllah dapat meningkatkan sistem pertahanan tubuh badan dari di serang virus dan penyakit. Jom order cecepat sebelum kehabisan stok lagi. Normal la kalau produk Shaklee tu out of stock, jangan pelik, jangan hairan ye. Demand yang sangat tinggi, sebab ramai yang tahu kehebatan dan keberkesanannya ;)

Kurus dengan Cepat dan Selamat : ESP atau Cinch??

Image
Cinch vs ESP... Mana satu yang lebih berkesan dalam menurunkan berat badan? Bukan setakat nak turunkan berat badan, korang mesti nak tahu jugak mana satu yang kalau consume lebih CEPAT kurus kan. Haa...zaman sekarang ni semua nak cepat,pantas dan tuntas.  Nak drive lelaju, nak cepat sampai ke destinasi katanya. Padahal jalan tak jem pun. Jalan kaki pun sampai noks.  Nak putih dengan cepat, nak kulit gebu halus mulus dengan cepat, kalau boleh malam ni makan esok pagi dah putih melepak.  Oh dear, sesak nafas mak dengar taw... Sakit je tak nak cepat kan...hehee... Mari saya bantu anda buat keputusan memilih yang terbaik mengikut keperluan tubuh badan anda... Beza ESP dan Cinch Semua dah tahu Cinch Shake Mix dan ESP adalah supplemen yang sinonim dengan penurunan berat badan. Kedua-duanya mempunyai fungsi yang sama iaitu membekalkan PROTEIN. Kenapa Perlu Protein Bila Nak Kurus? Pembakaran lemak sangat penting dalam proses menurunkan berat badan. Proses pembakaran

Meal Shakes vs ESP vs Cinch Shake Mix

Image
Assalamualaikum.. Shaklee mempunyai 3 produk makanan tambahan yang mengandungi sumber protein yang baik untuk kesihatan kita. Ia adalah Meal Shakes, ESP dan Cinch Shake Mix. Banyaknyeee... Apa perbezaan antaran ketiga-tiga produk ni? Mana satu yang sesuai untuk saya? Yang mana sesuai untuk anak-anak? Jom tengok jadual di bawah ni... Harga pasaran untuk ketiga-tiganya adalah seperti berikut : Meal Shakes - RM113 Cinch Shake Mix - RM173 ESP - RM150 Ingin dapatkan produk-produk ini pada harga 25% lebih murah? Jadilah ahli Shaklee... Dengan harga pendaftaran keahlian serendah RM75 sahaja untuk seumur hidup anda bukan sahaja menikmati harga ahli untuk semua produk, bahkan mendapat rebet dengan setiap pembelian dan lain-lain keistimewaan sebagai ahli (tertakluk kepada terma dan syarat).

Lemon Chicken Spagetti Soup

Image
Assalamualaikum... Sejak ada dapur baru ni semangat berkobar-kobar nak memasak itu ini. Ewah! Thanks a lot hubby ku saiyang upgrade dapur kat kiter...hikhikk Akan ku balas $$$ yang terbang melayang ittew dengan masakan yang sodap sodap dan memboroikan lagi perot abang..hehee... Ok, bila translate tajuk di atas pun korang dah taw kan kiter nak masak sup spageti je pon. Tapi yang ni special sikit. First time buat licin seperiuk kitaorang kerjakan. Alhamdulillah... Alkisahnya, beli roasted chicken seekor kat Giant. Sekali hadap tak sampai separuh pun. Apa lagi, masuk peti ais lah. Masalahnya dok terperok dalam peti ais tu 2,3 hari tak habis habis pon. Dah la peti ais kecik.  Tiba-tiba teringat pernah tengok satu resipi ni dalam rancangan masakan Giada at Home kat channel Food Network.  Love her style of cooking. Easy, quick and fresh. Dan dia cantikkk.... Sesuai untuk yang nak diet, tak nak makan nasi, boleh la try resipi ni. Sekali sekala tukar selera and try

Vitamin Shaklee Kena GST???

Image
Salam GST😉 Ya,betul... Vitamin Shaklee memang dikenakan GST. In fact,bukan vitamin je,semua produk-produk Shaklee akan dikenakan GST bermula 1 April 2015. TAPI... GST tidak dikenakan untuk harga retail atau harga pasaran produk Shaklee. GST hanya dikenakan untuk harga ahli sahaja. Pendek kata, biar kami, Shaklee Independent Distributor (SID) yang bayar GST untuk anda. Anda tak perlu risau sekiranya anda membeli barangan Shaklee dengan harga retail. TAPI... Cuba fikir sebentar... Mana satu yang lebih untung? Beli barangan Shaklee dengan harga pasaran... Atau... Daftar sebagai ahli Shaklee dan beli produk Shaklee dengan harga ahli + bonus setiap bulan + elaun kereta setiap bulan + 5 star trip melancong dalam & luar negara secara PERCUMA. Fikir-fikirkan... GST - Get Shaklee Today 😊

Cara Berkesan Hilangkan Parut Chicken Pox

Image
Assalamualaikum... Biasanya chicken pox menyerang bayi dan kanak-kanak. Tapi ada jugak orang dewasa yang kena chicken pox ni. Nak pulak yang tengah menunggu masa untuk ke jinjang pelamin, atau minggu depan ada interview untuk kerja, atau 2 minggu lagi ada re-union dengan rakan-rakan lama zaman sekolah dulu.  Adoiii..macam mana ni?? Takkan nak keluar rumah dengan parut chicken pox penuh di muka, berbintik-bintik, berkawah pulak tu. Kalau budak-budak ni muka berparut pun diaorang rilek je keluar rumah pegi sekolah pegi main macam biasa kan. Kita yang dewasa ni mesti rasa...eeee...malunyaaa!!!! Ado aku kesahhhh??? * gambar ihsan google Tambah merisaukan bila kerja jenis yang selalu meeting sana sini, setiap hari berjumpa dengan orang baru. Untuk yang bekerja macam ni, first impression adalah sangat penting. First thing orang akan tengok ialah muka. Mekaplah tebal 20 inci pun, dari dekat akan nampak jugak bintik-bintik chicken pox di muka tu. Kesan parut akan mend