Super Like : Buds Organic for baby

Assalamualaikum.. Setiap ibu bapa semestinya mahu yang terbaik untuk anak-anak. Bermula dari bayi hingga ke dewasa, apa saja yang terbaik di mata ibu bapa pasti ingin diberikan untuk anak-anak kita kan. Kali ni Zah nak share tentang produk penjagaan bayi yang Zah dah cuba dan masih gunakan sampai sekarang. Produk ni bukan macam produk biasa di pasaran ye. Kenapa? Sebab ia produk organik di formulasikan khusus untuk bayi. Semua orang tahu kulit bayi sangat halus dan sensitif. Contoh paling senang ialah bekas gigitan nyamuk. Lepas dua hari pun belum tentu hilang okayy. Especially anak pertama, semua ibu bapa akan lebih berhati-hati dalam memilih barang-barang kelengkapan bayi. Maklumlah tak da pengalaman kan. Nak buat ini takut tak kena. Nak buat itu takut salah. Kadang-kadang boleh jadi over paranoid :D First time jumpa produk ni masa pergi baby fair dekat EXPO, Danga City Mall tahun lepas. Mula-mula tu ignore la sebab ingat sama ja macam produk lain. Bila promoter mention prod...