Petua Kehidupan Harian

Assalamualaikum...

Pesanan tanpa penaja tentang petua-petua berguna untuk kehidupan seharian. (chewahh!)

Orang kata kalau.....

1. Buka tingkap / jendela di subuh hari, mudah rezeki masuk, tutup tingkap sebelum magharib untuk elak syaitan masuk dalam rumah kita.

2. Untuk elak rambut beruban,sapukan tangan yang masih basah dengan air basuhan selepas makan tu di kepala..tapi kalau dah jenis yang berpenyakit beruban tu tak dapat la nak tolong..hehe

3. Tutup kepala semasa membuang air kecil & besar, syaitan berak atas kepala tu!! jaga-jaga ;p

4. Kalau cirit birit elok minum air rendaman teh pekat tanpa gula..esok kalau sembelit tu jangan marah ;p

5. Kalau tak nak ketiak bau semacam je, semasa mandi boleh gosokan ketiak dengan gunakan belakang tapak tangan anda.. *bawang putih boleh buat ketiak busuk! beware!

6. Mengelak perut buncit.Sekiranya anda makan nasi, jangan disulami dengan air. Minum air setelah selesai makan.Sebaik-baiknya minum 1/2 jam - 3 jam kemudiannya.

7. Untuk elakkan mulut berbau, jangan minum atau makan makanan ketika panas..jangan gelojoh sebenarnya! ingat tu..

8. Bagi ibu-ibu yang sedang mengandung, makan pulut banyak-banyak (pulut dari Thailand) supaya kulit anak yang lahir nanti putih, gebu, comel & lembut.. sebab tu orang kulit orang Thailand cantik-cantik!

9. Untuk elak panau di muka, jangan mandi atau basuh muka ketika panas.. Panau sangat menyeksakan jiwa! arrggghhhh!! Tak tipu okeyy..

10. Untuk bagi daging cepat lembut ketika masak contoh kari daging atau gulai daging ke, masukkan dan rendam sudu atau garfu besi ke dalam masakan tu..tapi AWAS! jangan hidang kan sekali sudu tu masa nak makan! hahaha

11. Kalau nak tahu sama ada jam tangan tu original atau palsu, rasa pada permukaan cermin nya.. kalau melengkung itu TIDAK ori..

12. Kencing berdiri boleh menyebabkan kurang daya ingatan..sukar untuk menghafal sesuatu. Lelaki! Awas!

13. Atasi sakit leher lepas bangun tidur, ambilkan bantal yang digunakan sewaktu tidur.Hempuk belakang leher... ;p

14. Mandi sebelum waktu Subuh boleh menguruskan badan. Dengan kedinginan waktu pagi sebelum subuh akan membakar lemak badan. Jangan mandi tengah malam. Peparu berairlah plak nanti.

15. Kalau nak bersedekah / menderma, elok lah dilakukan waktu selepas subuh (pagi), insyaAllah murah rezeki.Yang penting ikhlas!

16. Makan jangan beralih tempat nanti kawin ramai!! hahahaha perlu ambik perhatian!

17. Ketika makan, elakkan menrenjis / menghetak nasi dari jari kerana itu tanda menolak rezeki.

18. Untuk mendapat khusyuk dalam solat, sebaik-baik nya dimulakan dengan Surah An-Nas.

19. Sebelum keluar rumah atau meninggalkan rumah dengan jarak masa yang agak lama, eloklah membaca Surah Yasin Ayat 9 : Waja'alnaa min bayni aydiihim saddan wamin khalfihim saddan fa-aghsyaynaahum fahum laa yubshiruun...untuk keselamatan rumah yang ditinggalkan.

20. Jangan duduk atas bantal nanti dipercayai boleh naik bisul! oohh tidak bisul itu sakitt..hehe 

21. Beri salam & jawab salam dengan betul.Assalamualaikum...waalaikumussalam.Bukannye Akum...Samekom...dah lain maksudnya tu! Jaga-jaga..benda simple tapi besar maknanya.

22. Pesan dari abahku... "Jangan tinggal al-Quran, nanti al-Quran tinggal kita di dunia & akhirat"
Thank you abah. Kakak akan ingat pesan abah yang satu ni. InsyaAllah akan baca setiap hari, faham dan amalkan al-Quran.


nurzariff.blogspot.com al-quran


Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Bersalin Puteri Sulung

Tips Cepat Sembuh Ketika Demam

Super Like : Buds Organic for baby