Hamil : Selamatkah untuk Berpuasa?

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, Allah panjangkan umur kita untuk bertemu bulan Ramadan sekali lagi. Belum terlambat lagi rasanya, Zah nak ucapkan Selamat Berpuasa kepada semua pembaca blog tak seberapa ni :)
So, macam mana puasa kali ni? Ok ke ok? Harap semua diberi kekuatan dan kesihatan yang baik sepanjang bulan puasa ni ye, supaya kita dapat berpuasa dan menjalankan rutin di siang hari macam biasa, dan beribadat di malam hari dengan sempurna. InsyaAllah..

Untuk ibu-ibu yang tengah hamil tu, mesti runsing fikir boleh puasa ke tak ni? Kuat ke nak puasa ni? Mampu ke bertahan sampai waktu berbuka? Apa kesan kepada bayi kalau ibu berpuasa? Selamat ke? Macam-macam persoalan kan. 




Bagi Zah it's all about mindset. Kalau otak dah set tak larat, letih, maka in real nanti macam tu lah jadinya. Kalau fikir positif, "aku boleh buat", even terlepas sahur pun ibu mengandung mampu berpuasa penuh sehari tanpa rasa letih dengan izin Allah.

Pun begitu, keadaan kesihatan ibu dan anak pun perlu di ambil kira juga.Kat bawah ni ada beberapa panduan untuk ibu hamil sebelum tentukan boleh berpuasa atau tidak.

* Pastikan tidak mempunyai masalah kesihatan atau masalah pada janin.

* Pastikan pergerakan janin adalah normal, sekurang-kurangnya 10 kali bagi setiap lapan jam.

* Dinasihatkan supaya mengambil makanan seimbang dan berkhasiat pada waktu berbuka dan sahur.

* Elakkan makanan mengandungi banyak gula atau berminyak. 

* Bersahurlah selewat mungkin. Langkah ini boleh membantu untuk mengurangkan kelaparan dan keletihan pada masa berpuasa. Langkah ini juga selari dengan sunnah Rasulullah. 


Bagaimanapun bukan semua wanita hamil mampu berpuasa penuh atas sebab mereka mempunyai tahap kesihatan yang tidak mengizinkan. Berikut adalah golongan yang TIDAK dibenarkan menjalankan ibadah puasa di bulan Ramadhan:

* Wanita yang ada sejarah kontraksi pramatang (sebelum minggu ke-36 kehamilan).

* Mereka yang mengalami tekanan darah tinggi tidak terkawal.

Melalui kehamilan yang sukar seperti menjalani prosedur IVF dan seumpamanya untuk mengandung.

* Kandungan atau diri sendiri mempunyai komplikasi kencing manis.

* Mereka yang pernah mengalami pendarahan (terutama pada usia kandungan 12 minggu ke atas).

* Mempunyai sejarah keguguran atau mahu gugur.

* Muntah berlebihan.

* Cirit-birit yang teruk.

* Kerap keletihan sepanjang mengandung.

* Mengalami masalah anemia. 

* Perlu sentiasa berehat di atas katil (bed-rest).


Sekiranya ibu-ibu sihat untuk berpuasa, jangan ambil mudah soal pemakanan terutama ketika berbuka puasa dan bersahur. Pastikan anda mengambil cecair antara SATU SETENGAH LITER hingga DUA LITER sehari. Ia boleh diminum semasa berbuka, sela masa antara waktu berbuka dan sahur serta ketika sahur.

Semasa berbuka puasa, jangan makan dengan cepat. Mulakan dengan memakan KURMA diikuti mengambil JUS BUAH-BUAHAN dan makan makanan yang mengandungi KARBOHIDRAT kompleks. Dengan itu, anda akan mendapat tenaga untuk tempoh yang lama.

Sekiranya ibu hamil menghidap PENYAKIT DARAH TINGGI, anda perlu tahu tahap tekanan darah. Jika ia di paras garis sempadan, anda boleh berpuasa. Namun, dapatkan pemeriksaan kesihatan doktor. Jika tekanan darah tinggi sukar dikawal, pengambilan ubat memainkan peranan. Jika keadaan mendesak, ibu dinasihatkan berpuasa selang hari.

Bagi ibu yang menghidap KENCING MANIS, sekiranya paras glukosa dalam tubuh tidak dikawal dengan sebaiknya, ia boleh menyebabkan bayi lemas dalam kandungan. Ibu yang perlu mengambil INSULIN setiap hari TIDAK BOLEH BERPUASA sama sekali.

Bagaimanapun sekiranya kencing manis yang dihidapi hanya memerlukan ibu menjaga diet pemakanan, maka dibolehkan berpuasa dengan pemantauan doktor.


Petanda bahaya ibu perlu berbuka puasa:

* Tiba-tiba mengalami pendarahan walaupun hanya sedikit sahaja.

* Kontraksi pramatang iaitu empat kali atau lebih dalam masa sejam. Biasanya disebabkan oleh penyahidratan.

* Terlalu letih.

* Mengalami pening.

* Sakit kepala yang teruk.

* Bayi dalam kandungan kurang bergerak.

Hyperglacemia akibat kekurangan gula.

* Penglihatan mengalami kekaburan.


Shaklee menyediakan cadangan set berpuasa untuk ibu-ibu hamil,ibu-ibu menyusu juga untuk semua golongan dewasa dan kanak-kanak.



Set Mighty 3 Gem - campuran 3 jenis minuman yang mampu memberi tenaga extra di bulan puasa. No more penat melepek je di bulan ramadan ni.InsyaAllah.Sesuai untuk seisi keluarga :)




Saya adalah pengedar sah Shaklee


Penghantaran produk ke seluruh Malaysia dan juga luar negara.
Harga istimewa dan konsultasi percuma akan diberikan apabila membuat pembelian dari saya.
Shaklee Independent Distributor [ ID : 890884 ]
Contact No / Whatsapp / WeChat : 0194772103
Emel : nurzariff@gmail.com


Cash on Delivery area : Larkin, Kempas, Majidee, Bandar Baru Uda



Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. 



Sumber :

www.karangkraf.com



Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Bersalin Puteri Sulung

Tips Cepat Sembuh Ketika Demam

Super Like : Buds Organic for baby