Kesan dan Akibat Stress

Stress atau tekanan adalah tindakbalas fizikal, emosi dan mental terhadap sesuatu perubahan yang dialami. Stress merangkumi tekanan, beban, keletihan, ketegangan, konflik, panik, perasaan gemuruh, kebimbangan, kemurungan (depresi), tidak bermaya dan hilang daya cita. Secara amnya, stress (tekanan) boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu stress akut (jangka pendek) dan stres kronik (jangka panjang). Stress akut (stress jangka pendek) ialah tindak balas spontan badan terhadap apa-apa keadaan yang mencabar, menakutkan atau bahaya. Tahap stress ini pula bergantung kepada beberapa faktor seperti keterukan stress tersebut, tempoh stress yang dialami, dan cara individu menangani stress tersebut. Stress jangka pendek ini boleh sembuh dengan segera sekiranya faktor penyebab kepada stress tersebut dapat ditangani dengan baik. Stress jenis ini selalunya menunjukkan tanda-tanda masalah sakit jantung atau denyutan jantung tak normal. Stress kronik (stress jangka panjang) ini selalunya dialami oleh...