Pengalaman Bersalin Anak Kedua

Assalamualaikum...

Hoyehhh! Setelah 9 bulan bersalin, barulah nak up entri kisah bersalin anak nombor 2. Hehee... Sekarang baru ada masa nak santai-santai rileks kembali fokus pada blogku. Most of my time (and energy of course!) banyak dihabiskan untuk anak-anak. Nak layan karenah dua orang anak memang bukan mudah i tell you. Sorang nak dukung, sorang lagi nak suruh suapkan makanan. Sorang beyak, sorang lagi nak nenen. Time dua dua orang menangis serentak...fuhhh... *istighfarrrr...istighfarrrr....cool mummy cool....

Whatever it is, nak jugak tepek kisah bersalin ni. Sebagai kenangan, later bolehla baca balik..bila time boring, bila anak dah besar, bila anak dah kawen...sob..sob..sob...Please don't grow too fast anak-anakku! Ibu dah panik ni bila fikir anak-anak nanti dah besar panjang, keluar rumah pergi belajar, pergi bekerja,tinggal ibu sensorang, wuuwwu....

Mengandung anak no 2 ni agak mencabar sikit. Sebab kita nak kena jaga suami, anak no 1, dan diri sendiri pun kena extra care jugak. Kadang-kadang lupa diri sendiri tengah pregnant. Buat kerja macam tak hengat. Bangun esok pagi mulalah badan ni rasa sengal-sengal. Nasib baik ada Set Hamil Shaklee yang banyak membantu. Alhamdulillah...

Due date yang doktor bagi is 28 Ogos 2014. Hmm..bersalin selepas raya la nampak gayanya. Yesss ada peluang untuk puasa penuh tahun ni. Dalam kepala dah set nak puasa penuh untuk Ramadan kali ni. Tak pernah lagi seumur hidup dapat puasa penuh. Seronok gak bila tak payah ganti ganti puasa kan. Ye yee...

Punah harapan...bila hari ke-3 puasa dah kena admit wad kat Hospital Sultanah Aminah (HSA). Sebab ada rasa mild contraction, tapi tak sekata. Sigh... Terpaksa lupakan niat nak berpuasa penuh. Kesihatan baby dalam perut lebih penting. Duduk dalam wad pun hati tak senang, teringat anak & suami kat rumah. Especially Alya. Selama ni asyik berkepit dengan ibu je. Macam mana la laki aku handle dia sensorang. Huhuu... Sedih gile. 

Tempoh selamat untuk ibu bersalin ialah 36 weeks dan ke atas. Masa tu dah 33 weeks. Baby belum cukup matang lagi. Doktor decide cucuk ubat nama ape tah kat bontot untuk matangkan paru-paru baby in case kalau beranak awal. Sakit weyyy kena cucuk tu. Kejang satu badan. 2 kali cucuk pulak tu. Arghhh!!!
Double sakit...nak buat cemana, banyak dosa sangat tulaaa...padan muka aku! Hahaa...

3 hari kat wad, doktor suruh balik berehat je. Doktor kata badan kurang air. Mungkin sebab Zah berpuasa. Baby marah ye ibu tak makan minum. Baiklahhh..ibu akan kuat melantak lepas ni. Hahaa...

Balik rumah, packing barang-barang then esoknya terus pecut balik Aloq Staq, takot bersalin kat JB ni saper nak tengok-tengokkan? Suami pun beria suruh balik kampung. Taat perintah suami la kan, baiklah. Dalam hati ya Allah bestnye nanti dapat makan sedap sedap. Hahahaa... *chicken dance*

Few days sebelum raya dah rasa contractions beberapa kali tapi macam acah-cah je. Pulun la mintak doa, cakap dengan baby mohon keluar lepas raya ye. Ibu nak makan ketupat rendang nasi impit kuah kacang puas puas dulu.. T_T


Then...


8/8/2014 (Jumaat)
Time : 9 am

Dah terpacak kat INS Specialist Centre untuk check up dengan Dr. Annuar. FYI, patient dia terlalu ramai. Kalau datang lambat siapla termenung menunggu. Hihii...

Pukul 10 am masuk jumpa Dr. Annuar. Mengadu rasa macam air ketuban meleleh dengan kerapnya, tapi panties x basah pun. Heran gak tu. Ke perasaan je? Hehee...

Dr. cek masih belum ada bukaan. Dr. advise balik rumah dan tunggu. Haihhh... nak tunggu tu rasa lambat betoi la. Anak first rasa macam sekejap je mengandung. Anak kedua rasa lamanyeeeee nak beranakkkkk oiiiii....hahaa...


Time : 11 am

Balik rumah terus baring. Aahhh..sedapnya bergolek sorang sorang atas katil. Alya pulak dah hantar kat rumah mertua 2 hari lepas. Entah macam mana, tiba-tiba je Allah gerakkan hati untuk bagi mak mertua jaga Alya. Sebelum ni memang tak boleh berenggang, hohoo... Senang pulak Alya nak ikut Umi balik rumah. Bolehla ibu rest kejap sebelum bersalin. Heaven sebentar, tapi dalam hati sedih ya amat, teringat setiap masa. Setiap malam nak tidur lagilah teringat... menangis lagiiii T_T

Tengah sedap bergolek tetiba rasa sakit macam period pain kat perut, tapi sakit yang lain macam. Dalam hati, "This is it!! it's the sign! the labour sign!!!"... Ok jangan panik Nur Zahiah. Calm down.

Call husband kat Johor Bahru, cakap kat dia dah boleh balik sekarang. 

Husband : Confirm ka tu memang sakit nak bersalin? Bukan dia kot.

Me : Betoooooiiiii laaaaaa, tahu la sakit nak bersalin macam mana.

Husband : Tak kan cepat sangat niiii?

Me : Eeeeee..... *diam, tahan marah, tarik nafas*... Balik sekarang! now! now! nowww!

Husband : Ok ok ok...abang packing sekarang and balik asap.

* Note to para suami, masa bini tengah sakit contraction, pleaseeee janganla dok tanya soalan "cerdik" macam ni. Boleh tercarut termaki tanpa niat tahu tak! Grrr...



Time : 12 tengahari


Makan nasi for lunch tapi tak habis. Contraction tu masih ada tapi tak berapa kerap sangat. Boleh tahan lagi ni. Tak nak pergi hospital lagi lah. Leceh asyik kena "seluk". Lepas lunch tidur dulu seround. 

Mama kerja pulak hari ni. So, tinggal abah and my adik je kat rumah. Dua dua tak pergi masjid for solat jumaat. Takot saya terberanak sorang-sorang di rumah katanya. Hahaaa...

Pintu bilik memang biar terbuka. Abah tak bagi tutup. They kept checking on me like every 10 minutes. Okay relax people. Belum masanya lagi...hihiii...


Time : 3pm

Terjaga dari tidur sebab sakit contraction makin menjadi-jadi. Solat zohor sambil menggeletar tahan sakit..huhuu...

Siap siap semua barang nak bawak pegi hospital, tengok bakul baju baby tak kemas lagi. Aduhhh... buat lagi kerja last minit. Kemas dulu lah nampaknya. Actually bagus jugak macam ni. Bila buat kerja last minit mesti fokus dan cepat siap. Hehee... macam dalam kes ni, kejap je dah settle and bila selalu bergerak ke sana ke sini, akan mempercepatkan lagi bukaan faraj. Menyelam sambil minum air gitu.

Call mama suruh get ready kami nak ambil mama kat office dulu sebelum ke hospital. She was like "Ehh takkan cepat sangat? Ok mama settle kerja sat dah sampai kat ofis nanti call na"... 
Adehhhh...sorang lagi tak caya kiter dah nak beranak niii oiiii...
Sabar Zahiah...sabar...tarik nafassss....hembusss....

Dalam kereta, memang tak boleh duduk sandar ke belakang dah. Kepala ni dok sujud kat dashboard kereta ja. Hahaa...

Sampai kat ofis mama, tengok mama tak turun tunggu kat bawah lagi. Oh mama! Kenapa tak turun lagi??? Abah call cakap dah sampai. Macam biasa, mama kat "sattt..satttt"... Abah pun "Hmmm...mama macam tu laaa"....

5 minit tunggu takkkk sampai sampai lagiiii... ya Allah, tak tahan dah ni...muka dah merah dah ni, tahan sakit ya amat.

Finally, mama turun sampai ke kereta. Elok je mama masuk tutup pintu kereta, abah pun pecut zassss menyeqittt orang Kedah kata. Nasib baik jarak ofis mama dengan hospital bersalin dekat je. 5 minit dah sampai.

Check in ke INS Specialist Centre. Nurse tanya boleh jalan ke? "Ohhh tak mampu jalan dah kak"... "Ok duduk atas wheel chair ni. Nanti kiter tolak"...

Contraction dah rasa every 3 minutes macam tu. On the way nak ke wad di tingkat atas, ada pulak sorang mamat ni jalan slow depan kiter. Adoiii mamat nihhh...boleh pulak jalan lenggang kangkong depan aku! Grrrr.... Nurse jerit "Encik!! tolong bagi laluan! Terima kasih!" 
Thank you kakak nurse tolong jeritkan untuk saya..


Time : 5.00pm

Terus masuk ke labour room. Orang lain sampai kat pintu labour room kena bangun berjalan sendiri ke katil bersalin. Kita berjalan dah macam nenek si bongkok tiga. Bhahahaa...nak tergelak pulak bila ingat balik.

Sebelum tukar pakai baju hospital, rasa nak buang air kecil pulak dah. Cakap kat nurse nak gi toilet, nak kencing. Nurse tu jerit bagitahu nurse nurse lain... "Yang katil hujung niiii nak pegiii toilet, nak kencingggg!!!"...Hahaa...dia takut saya terberanak dalam toilet le tuuu. Rileks akak nurse, ni memang betoi betoi nak kencing je, tak da rasa nak terberak lagi.
* bila kepala baby dah nak keluar, korang akan rasa macam nak buang air besar. Sebab tu lah nurse akan alert bila si ibu rasa nak ke toilet.


Dr Annuar datang check bukaan. Muka Dr terkejut.

" Eh, bukan ke pagi tadi datang for check up?"

" Iye, tapi Dr suruh balik dulu sebab tak da bukaan lagi"

Lepas kena 'seluk'...

" Dah 8 cm..."

" Hahh?? 8 cm???"
Dalam hati... "Patotla sakit tergedik-gedik, rupanya sikit lagi nak sampai 10cm. Allahuakbar"

Air ketuban pecah masa nurse baru nak prepare for delivery. Once again, nurse menjerit. "Air ketuban dah pecah!!!"...Ohhh, kenape larrr asyik dengar nurse menjerit je hari ni, huhuu...

Tiba-tiba rasa nak membuang air besar. 

" Nurse, baby dah nak keluar ni."

" Akak tarik nafas, tunggu kejap eh. Doktor belum sampai lagi."

What??? Mana boleh tunggu!!! At that moment, memang dah boleh rasa kepala baby dah show up dekat bawah tu.

Then came Dr Annuar dengan muka gelabahnye...Ok, first time tengok muka Dr Annuar gelabah macam ni. Hehee...sebelum ni nampak cool je.

" Mana vacum? "

" Tengah set up Doc"

Hahaa...Dr Annuar & semua nurse kat depan kiter masing-masing muka mencungap, penat berlari kelam kabut ambil alat-alat untuk bantu kelahiran & all those stuff untuk sambut baby agaknye. Kihkihkihhh...Sorry bukan salah saya baby nak keluar secepat ni.

Masa ni sedih giler suami tak da kat sebelah untuk bagi moral support. Nak pesan kat nurse suruh mama masuk temankan kiter tapi tak tercakap sebab semua benda jadi dengan pantas sangat. Hmm...go ahead and deliver the baby jela Zahiah oi, just do your best. Allah kan ada. Patutnye genggam tangan suami masa meneran. Nak cakap " Ni semua salah abangggg!!! Lepas ni kalau nak kiter beranak lagi nanak handbag Chanel original satuuuu!!! " Hahaa... *kidding*

Tapi realitinya, hanya mampu genggam palang besi katil bersalin jer...sob..sob...

Hanya dengan 3 kali teran, pukul 5.17pm lahirlah putera kami dengan laungan selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w. oleh Dr Annuar & all the nurses there.
Syukur alhamdulillah...macam tak percaya cepatnya proses bersalin kali ni. Ala formula 1 racing. Hihii...Alhamdulillah.. Allah makbulkan doaku yang selalu di minta-minta selepas solat. Allahuakbar...*sebak*

         Fresh from the womb.



Di azan & iqamat oleh abahwan.         Babahnye belom sampai lagi, huhuu...


Nindiaaa..bapak budak paw makanan pantang kiterr...



Day 5 : annoying facial expression, hahahh. Ibu asyik snap pic je...nak tidur pun ada paparazzi.



                 2 months



                 5 months



9 months : muka tak puas hati everytime kereta berhenti at traffic light.lol

Muhammad Hilman bin Ariff Safwan.
Semoga kamu menjadi anak soleh yang membawa ibu & babah ke syurga.Amin




Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Bersalin Puteri Sulung

Tips Cepat Sembuh Ketika Demam

Super Like : Buds Organic for baby