Pengalaman Bersalin Puteri Sulung

Assalamualaikum...

Pejam celik dah setahun usia puteri kesayangan Zah, Nur Alya Zahra. Sempena harijadi Alya hari ini, Zah nak cerita la sedikit (ye ke sedikit ni???bole cakap jela..hehee) pengalaman bersalin my baby girl ni. Hope that one day Alya boleh baca kat blog ni coretan kisah ibu melahirkan kamu ye nak :)

Due date bersalin doktor bagi kat Zah is 3 Julai 2012. Sebab dah decide nak berpantang kat Alor Setar, plus husband Zah risau kalau-kalau baby keluar awal, makanya masa kandungan Zah masuk 7 bulan husband dah hantar balik kampung. Huhuuu...i know, it's too early kan?? Kalau orang yang bekerja selalunya sebulan atau paling lambat 2 minggu sebelum due date baru start bercuti kan. Sebab Zah tak kerja, balikla awal. Boleh berehat dan yang penting boleh makan sodap sodap. Heheee...

Anyway, masa balik kampung tu belum decide lagi nak deliver kat mana. Masih 50-50 sama ada nak deliver kat hospital kerajaan atau hospital swasta. Survey punya survey, lastly kami decide to choose INS Specialist Maternity Centre (INS). Reason kami pilih hospital swasta first thing of course sebab nak selesa la kan.  Lagipun Zah tengok harga pun berpatutan. Bukan nak bermegah-megah, bukan juga nak merendah-rendahkan kualiti perkhidmatan hospital kerajaan tapi biarlah orang lain yang betul-betul layak dan memerlukan dapat bersalin di hospital kerajaan. Husband Zah pun actually tak kisah pasal bajet untuk bersalin ni. Yang penting Zah selesa, no stress masa nak deliver nanti. Syukur dapat husband yang memahami :) Love you abang! Ehhee..

Atas reccommendation dari kawan husband, kami pilih the famous amos Dr. Annuar Husainy Hussein as our Obstetrician & Gynaecologyst. He's a very soft-spoken doctor. Orangya tenang dan rileks je. Tanya 10 perkataan dia jawab 100 perkataan. Hehee... Harga untuk setiap kali check-up pun tak sampai RM100. Memang berbaloi. Tapi nak tunggu turn tu lama lah jugak sebab patient Dr. Annuar memang ramai. Maklum la doctor paling well-known kat Alor Setar kan. Kalau tak nak tunggu lama sila la datang awal :D Sebelum ni Dr. Annuar pernah berkhidmat kat Putra Medical Centre (PMC). Lepas dia tukar ke INS Specialist Maternity Centre, most of the patient yang dia treat kat PMC pun ikut tukar monthly check-up ke INS. Hahaa...penangan doktor hebat!

Hehh..dah melalut habis ni...tak pe Zah nak jugak share benda-benda yang detail ni. Untuk kebaikan bersama ;)

Satu minggu sebelum bersalin, baby tak gerak since tengah malam sampai ke Subuh. Dah tak sedap hati ni. Selalu time tu baby memang aktif bergolek berjoget sakan dalam perut lerr..sampai ibu ni tak boleh tidur. Kadang-kadang sampai ke Subuh tak boleh lelap. End up dapat mata panda every morning (@_@)

So, lepas breakfast pagi tu terus pegi check-up di INS. Doctor check heartbeat baby ok je. Tak da yang abnormal. Haishhh...main acah-acah pulak baby ni. Doctor suruh datang balik for next check-up on 22nd June. Husband Zah dah stand by nak balik masa ni. Just tunggu green light je. Johor Bahru ke Alor Setar bukannye dekat ye. So, time is very crucial in this situation.

Hari Jumaat tu which is on 22nd June pergila jumpa doctor as per plan. On previous check-up doctor dah bagitahu nak check air ketuban on this date. Zah pergi dengan abah je sebab mama Zah kerja hari tu. Ingat lagi mama Zah melaram hari tu sebab ada jamuan kat office. Tak sampai 2 jam mama kat office dah kena balik sebab cucu dah nak keluar :D

Sebelum hantar mama ke office, abah drop Zah kat INS dulu sebab nak dapat nombor giliran awal. Memang paling awal la sebab Zah sampai tu tak ada orang lagi. Siap dapat angka giliran nombor satu. Heheee...

Bila doctor check air ketuban hari tu, dia cakap air ketuban Zah dah kurang sangat-sangat. Dah below limit. Doctor nak Zah bersalin hari tu jugak. Kena induce la jawabnya. Sebab tak nak baby lemas or jadi other complication. So, lepas je jumpa doctor terus kena admit masuk wad. Zah pun kelam-kabut call husband suruh balik cepat. Husband Zah pulak pagi tu pergi meronggeng jenjalan ke rumah kawan di Johor Bahru. Amboiii...mentang-mentang bujang sebentar kat sana asal cuti je tak lekat kat rumah ye! Bababb baru taww! Baru je sampai rumah kawan dah kena patah balik ke rumah, bersiap nak balik Alor Setar. Hahaa.. Padan muka! :p

Nurse masukkan ubat induce at 11am. First 3 hours memang tak rasa apa. At 2pm doctor datang check bukaan. Dah buka 2cm tapi Zah tak rasa sakit sangat. Just rasa tak selesa kat perut macam waktu period. Lepas minum air rebusan akar kacip fatimah baru la start rasa contraction. Ngeeeee.... menggedik mak hokayyy!!

Nurse hantar makanan untuk dinner pukul 5pm tapi Zah tak da selera nak makan sebab tengah tahan sakit. Mama paksa Zah makan jugak sebab nanti nak teran tak da tenaga. Baru je nak jamah dinner nurse datang cakap nak bawa masuk labour room. Alamakkk nurse! Saya baru je nak suap makan nasi ni..huhuu..
Nurse pun datang balik about 15 minutes later. Dia cakap "Jomm kita jalan pegi labour room"...whattt??? jalannn!!! Aduhhh...dah tak bole berdiri sangat sebab terlalu sakit...macam mana nak jalannn..merangkak pun belum tentu laa..

Zah pun cakap.."Nurse, rasa macam punggung dah basah la"...masa ni lendir dah keluar tapi air ketuban belum pecah. Nurse pun cepat-cepat bawak kerusi roda then laju-laju tolak Zah ke labour room. Husband Zah dah sampai Alor Setar waktu ni tapi dia solat Maghrib kat rumah dulu before datang INS. Pukul 7pm Zah masuk labour room. Husband Zah sampai kat INS pukul 8pm. About 8.30pm bukaan dah 8cm. Nurse dah banyak kali offer nak bagi epidural but I said NO sebab bukaan dah 8cm, sikit je lagi nak 10cm, mampu lagi menahan sakit. Lagipun, ada baca somewhere on the internet that epidural has long term effect. Tak ingat apa kesannya tapi not good la. So, memang dah nekad tak nak bantuan any drugs semasa bersalin. 

At 9pm Dr. Annuar dah sampai dan pecahkan kantung air ketuban. Ya Allah...sakitnya sampai menggeletar satu badan! Husband kat sebelah Zah muka dah nampak pucat je. Hahaa... please jangan pengsan ye abang! :D

Bukaan dah 10cm, doctor tanya "Rasa nak buang air besar tak?" 
Ayyoyyooo doctor!...dah tak dapat fikir rasa nak membuang macam mana, Zah terus teran je. Siap jerit lagi. Sebab selalu tengok kat tv masa scene orang bersalin asyik menjerit je kan. Zah pun teran sambil jerit la. Sekali doctor cakap "Teran tu jangan menjerit ye nanti habis tenaga" lol... *tutup muka*.. maluuunyeee...

Cisss!!! ini semua salah tuan director laa...tak study betul-betul sebelum buat cerita. Kan dah tunjuk teknik yang salah! grrrrr....

Akhirnya setelah berhempas pulas, tepat 9.16pm lahirlah puteri sulung kami. Detik itu terlalu indah. Zah tak boleh gambarkan dengan kata-kata. Zah sempat pegang tangan comelnye for a few seconds sebelum nurse ambil. And dia pun genggam erat tangan Zah. I really miss that moment. Dengan sekelip mata je sakit bersalin tadi tu hilang. Subhanallah... Allahuakbar... Alhamdulillah... :)



Alya, fresh from the womb



Semoga anak ibu dan babah jadi anak yang solehah, taat kepada suruhan Allah, menjauhi segala larangan-Nya, mencintai Rasul-Nya, patuh kepada kedua ibubapa, membesar dengan sihat, berjaya di dunia dan di akhirat kelak. InsyaAllah...

Ibu dan babah akan buat yang terbaik untuk membimbing Alya ke jalan yang diredhai Allah s.w.t. 

No matter how hard it is, in any situation, thru thick and thin, i'll be there for you and we'll always be together...dengan izin Allah :)




Keluarga yang sentiasa menemani..i love you all!!



Hubby and maktok..me love you both!



Alya day 1 till 1 year old. Jangan membesar cepat sangat bole tak??
























Comments

  1. nice blog...visit my blog too..

    ReplyDelete
  2. Ok ek dr anuar? Tgh survey2 nie. Tq sharing! :)

    www.ourlovebonding.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok sangat dear.Rileks je dr. Annuar ni.Dah 2 orang anak bersalin dengan dia.Harga pun affordable.

      Delete
  3. hahahh...lawak la baca citer zah ni...sebenarnya saya pun ada panglaman dengan Dr. Anuar, anak pertama dekat pusat perubatan Mahsuri Jitra, anak kedua dekat PMC, anak ketiga ni, tak pilih dr. anuar- sebab org cakap patient dia ramai sangat!!.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang patient dia sangatttt ramai.huhuu...tapi alhamdulillah semua lancar la dari zaman check up sampai bersalin.Next baby ingat nk try Mahsuri pulak.ok tak Mahsuri?INS ni tak support breastfeeding.So,lepas ni nak cari hospital swasta yg support breastfeeding,lepas baby keluar je terus bagi kat mak utk menyusu.

      Delete
  4. Sy pun dgn dr. Annuar hussainy..mmg cool je

    ReplyDelete
    Replies
    1. tgk keadaan juga dear :)
      dr Annuar kelam kabut masa saya bersalin anak no 2.hahahaaa...

      Delete
  5. Salam...saya dr anak 1st anak 2nd anak 3rd semua bersalin ceaser dgn doktor kesayangan sy iaitu doktor Anuar husainny. Rs mcm kalo yg 4th pun nk cari doktor Anuar jgk...dh sebati dh jiwa sy dgn doktor ni....baguih dr Anuar ni...dia akan iqamat baby lepas lahir.... check up bulanan pregnant pun xmahal...Kira terbaikla jgk...scan 3d 4d smua leh...sy lgsung x check up hospital go men DLM erti kata buat buku merahpun x. SBB sy pilih rutin check up di Ins Specialist Center bulan2. He he....syg doktor annuar sbb dianyer serves mmg high class....terhutang budi sgt2

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju sangat apa yg sis cakap tu :)
      doakan dr Annuar sihat & panjang umur.sbb kalau nak beranak lagi lepas ni memang 1st choice is dr Annuar.hihiii

      Delete
  6. dh bsr baby ye sis..setiap kelahiran sgt unik..setiap anak2 lain2 perasaan dan cara lahir..bila trgat kisah bersalin mcm2 perasaan ada..hihi

    ReplyDelete
  7. Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Perkara Yang Perlu Di Jangka Ketika Masuk Bilik Bersalin. Penting untuk ibu yang mengandung anak sulung, supaya nanti taklah gelabah sangat. :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tips Cepat Sembuh Ketika Demam

Super Like : Buds Organic for baby