Posts

Showing posts with the label Motivasi

Kita Adalah Apa yang Kita Fikirkan

Image
Saya pasti semua orang pernah dengar ayat ni.. "Apa yang kita fikir, itu yang Allah akan beri"...atau "Allah menurut sangkaan hamba-hambaNya"... . Saya dah lama dengar ayat-ayat serupa ni disebut oleh ustaz-ustaz & pakar-pakar motivasi. Setakat dengar masuk telinga kanan keluar telinga kiri jelah. Hinggalah bulan lepas baru saya totally faham maksudnya. . Kalau minda kita asyik ragu-ragu dengan ke bolehan diri, asyik fikir yang negatif, maka yang datang tu negatif lah, kurang enak di mata & of course tak memuaskan hati kita. Bila kita fikir positif, sangka yang baik-baik, mulut tu cakap benda-benda baik, dalam kepala pun dok bayang yang best sesaja, insyaAllah yang molek lah datang nanti. Dengan syarat kena usaha. . Macam bulan lepas saya ada set target untuk achieve sesuatu. Saya nak buktikan yang saya boleh mendaki naik anak tangga, 1 anak tangga kecik pun jadilah... "Beb, dah lama hang beronok-ronok kat sini, jomlah naik atas lagi tengok apa ...

Selamat Tahun Baru 2014

Image
Assalamualaikum... Tahun baru! Azam baru! (ke carry forward?heheee..) Semangat baru! Alhamdulillah masih di panjangkan umur dan diberi kesihatan yang baik untuk melangkah ke tahun baru. Hmm.. macam-macam impian Zah nak capai tahun ni. Yang pasti ada impian baru dan impian yang carry forward dari tahun lepas, muehehee... Biasalah tu.. kita merancang Allah yang tentukan. Yang penting jangan mudah putus asa, ok! Hari ke-5 di tahun 2014, dah sampai mana pencapaian kita? Pada yang ada matlamat atau impian yang mesti atau kena jugak capai tahun ni, dah mula bertindak ke belum? Atau masih di tempat yang sama? Tunggu bulan jatuh ke riba ke? Hmm...well, perangai malas berusaha ni tak bagus ye. Sila buang jauh-jauh campak dalam longkang sementara masih di awal tahun ni ok. Buatnya terbawak-bawak perangai ni sampai hujung tahun, rugi sangat-sangat dik non. Bagi Zah, senang ja nak buang perangai ni. Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara, tu je. Apa 5 perkara tu? Sila google ye, hihiii.....