Selamat Tahun Baru 2014

Assalamualaikum...


Tahun baru!
Azam baru! (ke carry forward?heheee..)
Semangat baru!

Alhamdulillah masih di panjangkan umur dan diberi kesihatan yang baik untuk melangkah ke tahun baru. Hmm.. macam-macam impian Zah nak capai tahun ni. Yang pasti ada impian baru dan impian yang carry forward dari tahun lepas, muehehee...
Biasalah tu.. kita merancang Allah yang tentukan. Yang penting jangan mudah putus asa, ok!


selamat tahun baru 2014, azam tahun baru


Hari ke-5 di tahun 2014, dah sampai mana pencapaian kita? Pada yang ada matlamat atau impian yang mesti atau kena jugak capai tahun ni, dah mula bertindak ke belum? Atau masih di tempat yang sama? Tunggu bulan jatuh ke riba ke? Hmm...well, perangai malas berusaha ni tak bagus ye. Sila buang jauh-jauh campak dalam longkang sementara masih di awal tahun ni ok. Buatnya terbawak-bawak perangai ni sampai hujung tahun, rugi sangat-sangat dik non. Bagi Zah, senang ja nak buang perangai ni. Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara, tu je. Apa 5 perkara tu? Sila google ye, hihiii... InsyaAllah, usaha bukan sahaja untuk kejayaan di dunia tapi untuk kejayaan di akhirat juga.

Buat yang rasa frust dan down sebab selalu tak dapat capai target, ni Zah nak kongsi tips mudah inspirasi dari Kevin Zahri. 


kevin zahri, tip kurangkan berat badan


Zah tahu ini tips untuk kurangkan berat badan tapi ada certain tips yang boleh juga kita apply untuk segala macam impian yang lain. Contohnya nak beli rumah, nak melancong ke luar negara, nak kahwin, nak mula buat bisnes dan sebagainya. 

Satu lagi petua Zah nak bagi is TULIS IMPIAN anda. Ambil kertas kosong, tulis apa saja impian anda nak capai tahun ni, tampal kat dinding atau tempat yang selalu kita tengok macam cermin meja solek ke, pintu bilik ke, pintu peti sejuk ke. Sebab apa kena tulis? Sebab nak bagi kita nampak dengan JELAS impian dan matlamat kita. Setiap kali kita tengok kertas tu, kita sebut apa yang di tulis atas kertas tu. Bila selalu sebut ia umpama doa. InsyaAllah doa anda akan termakbul nanti. Dengan syarat kena berusahalah ye. 

Ok, itu saja untuk kali ni.

See you again in the next entry.

:)




  

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Bersalin Puteri Sulung

Tips Cepat Sembuh Ketika Demam

Super Like : Buds Organic for baby