Super Like : Buds Organic for baby

Assalamualaikum..

Setiap ibu bapa semestinya mahu yang terbaik untuk anak-anak. Bermula dari bayi hingga ke dewasa, apa saja yang terbaik di mata ibu bapa pasti ingin diberikan untuk anak-anak kita kan.

Kali ni Zah nak share tentang produk penjagaan bayi yang Zah dah cuba dan masih gunakan sampai sekarang. Produk ni bukan macam produk biasa di pasaran ye. Kenapa? Sebab ia produk organik di formulasikan khusus untuk bayi.

Semua orang tahu kulit bayi sangat halus dan sensitif. Contoh paling senang ialah bekas gigitan nyamuk. Lepas dua hari pun belum tentu hilang okayy. Especially anak pertama, semua ibu bapa akan lebih berhati-hati dalam memilih barang-barang kelengkapan bayi. Maklumlah tak da pengalaman kan. Nak buat ini takut tak kena. Nak buat itu takut salah. Kadang-kadang boleh jadi over paranoid :D

First time jumpa produk ni masa pergi baby fair dekat EXPO, Danga City Mall tahun lepas. Mula-mula tu ignore la sebab ingat sama ja macam produk lain. Bila promoter mention produk ni diperbuat dari bahan-bahan ORGANIK, Zah and hubby tertarik dan nak tahu lebih lanjut. Lepas dengar penerangan lengkap kami terus decide nak beli produk Buds Organic ni. Makanya, sejak newborn lagi Alya tak pernah guna produk baby care lain selain produk ni. Alhamdulillah..apa yang Zah boleh cakap is produk ni memang berkesan dan sesuai dengan Alya. So, benda baik harusla di kongsi kan. Jom tengok produk apa yang Alya pakai :)




Suka sangat dengan kartun baby kat setiap produk ni, super cute :)



Cop EcoCert pada setiap produk


Nampak kan cop EcoCert kat atas tu. Apa EcoCert ni ye? 


ECOCERT was founded in France in 1991 and conducts inspections in over 80 countries, making it one of the largest organic certification organizations in the world. The company inspects about 70% of the organic food industry in France and about 30% worldwide.
We chose ECOCERT because they were one of the first to recognise the need for specific organic standard for the personal care sector. Their standard requirements are demanding and offer transparency and traceability from the farm to the finished product and even cover what we say on the label. 


In other words, Buds Organic dah dapat certificate yang mengesahkan semua produk keluaran mereka adalah diperbuat dari bahan-bahan organik. No synthetic ingredients and preservatives such as :

  • Sodium lauryl sulphate (SLS) & sodium laureth sulphate (SLES)
  • Parabens & other synthetic preservatives
  • Mineral oils
  • Petrochemicals
  • Artificial colours
  • Artificial fragrances
  • Ingredients tested on animals
  • Animal derived ingredients


Produk yang Zah paling suka is Everyday Baby Cream. Sebelum tu Alya pakai Infant Cream. Tapi tak da snap pulak pic Infant Cream tu. Infant Cream sangat sesuai untuk newborn. Kami tukar ke Everyday Baby Cream selepas monitor dan tengok kulit Alya bukan dalam kategori sangat sensitif.



Everyday Baby Cream


What I like about this cream is dia tak melekit dan cepat meresap ke dalam kulit. Bau pun wangi dan tak kuat sangat. So-so je. Kulit Alya pun jarang naik ruam sejak pakai krim ni. The best part is kulit tangan Zah jadi makin lembut sebab hari-hari dok apply kat badan Alya. Menyelam sambil minum air. Heheheee..




Krim untuk bahagian 'tutt' ;)


Highly recommended is Nappy Time Change Cream. Alhamdulillah..since pakai krim ni Alya tak pernah dapat ruam lampin. Juga cepat meresap dan kurang berbau.



Calming Tummy Rub Cream


Tummy Rub cream ni sangat berkesan untuk elak kembung perut pada bayi. Rasa panas sedikit dan cepat meresap. Alya asyik kentut je bila pakai krim ni :D

Lain-lain produk Buds Organic yang Alya pakai sampai sekarang. 



 Alya's liquid shower and shampoo


Pencuci botol. Boleh jugak guna untuk cuci sayur



First Aid Lotion - untuk luka-luka kecil macam lebam-lebam, kesan gigitan nyamuk atau semut, luka akibat di garu dan sebagainya.

Istimewanya Buds Organic ni, ada produk khas untuk bayi yang menghidap eczema. Eczema tu keadaan kulit yang super dry, merah-merah, gatal dan kadangkala mengelupas.

Produk Buds Organic ni tak terdapat kat pasaraya biasa ye. Certain kedai atau farmasi je yang jual produk ni. Untuk maklumat lanjut dan nak tahu kat mana nak beli sila ke web site Buds Organic kat sini.



xoxo





Comments

  1. Salam. Utk mommies yg anaknya ekzema or sensitive skin, boleh try Tropika Baby Skin Care products. Produk natural mesra alam, based on minyak kelapa dara or virgin coconut oil. Bebas bahan kimia, bebas steroids, bebas parabens & bebas SLS. Alhamdulillah good feedback from satisfied moms. Ni produk keluaran bumiputera, halal & plg penting harganya affordable.

    For for info boleh visit website http://www.tropikababies.blogspot.sg/ ataupun FB - Tropika VCO & Medela Swing Maxi.

    Harap dapat membantu :)

    ReplyDelete
  2. Sis..kt mne nk dptkan produk buds ni..sbb sy klau blh xmau beli scra online

    ReplyDelete
  3. Sis..kt mne nk dptkan produk buds ni..sbb sy klau blh xmau beli scra online

    ReplyDelete
  4. awak bleh bli produk buds ni kt guardian...but more expensive la compare dgn online

    ReplyDelete
  5. sesuai tak utk baby kulit sensetive?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Bersalin Puteri Sulung

Tips Cepat Sembuh Ketika Demam