Gardens by the Bay, Singapore


Assalamualaikum...

Hello semua...dah makan ke belom? Musim hujan ni la selera makan makin bertambah ye tak? Kalau minum air pun asyik nak ke toilet je kan..angin sejuk le katekan..

Kali ni nak blog pasal trip zah ke Gardens by the Bay. Actually dah pegi bulan Nov tahun lepas, tapi sekarang baru teringat nak letak dalam blog.hehee...

Sebelum tu kena la tahu serba sedikit pasal tempat nak di tuju kan.
Gardens by the Bay ni dekat Marina Bay, Singapore. Senang cerita dekat belakang hotel yang ada kapal kat atas tu...Marina Bay Sands Hotel.




Haa..yang kubah dua bijik tu ler...thanks encik Google ;)


Also joining me & my little family are my lovely cousins, Hazirah & Hanisah.



Cer teka mana satu kakak & mana satu adik? :p


Dah lama plan nak pi tempat ni. Tapi asyik tertangguh je. Kebetulan cousins zah ni datang JB. So, nak bawak jenjalan JB mane la tahu sangat. End up kitaorang decide pegi Gardens ni jer..

Pagi2 jumaat lepas subuh dah prepare breakfast for tapau untuk makan dalam kereta and then zasss kitaorang merempuh trafik kat tambak. 

Dah lepas tambak johor, singgah jap kt Raffles City Shopping Centre.
Emm...cuci mata jela nak beli tak mampu.huhuu...kat sini banyak kedai branded macam Kate Spade, Gucci, Chanel, Marc Jacobs, Salvatore Ferragamo & much more..ahhh tak tahan tengok.grrrr...
Usha2 dulu, ada rezeki nanti baru beli..insyaAllah..



excited tengok pintu lif ada cermin,cepat2 snap.sebab nampak kurus :p


Sementara hubby pegi solat jumaat, isi dulu perot yang lapar kat burger king.


nasib ade bibik 2 orang ni,bolela ibu makan dengan tenang ;)


Besar jugak shopping centre ni. Hampir sesat sebab cari lif tak jumpa. Nak naik lif tangga bahaya pulak sebab stroller Alya jenis kaki 3 je.huhuu...last2 kitaorang naik lif OKU yang agak sempit tu. Muat2 untuk kerusi roda ja.hahaaa..lantakla janji sampai balik ke car park.ngeee...

Oh ye, kalau sesiapa yang berkerusi roda & nak jenjalan kat singapore, jangan risau. Kebanyakan jalan kat sini is disabled friendly. Maknanya, jalan dia rata ja, tak da bump sana sini untuk mudahkan disabled people or OKU bergerak.

Lepas solat jumaat baru kitaorang betolak pegi Garden tu. Dekat je dengan shopping centre ni. 10 minit drive dah sampai...yuhhuu...eh, apesal mak yang gedik lebih ni...hihii




 Duck face bebeh!


Sementara hubby sibuk beli tiket, mari berposing dulu ;)



Abaikan muka si kecik yang macam nak smackdown orang tuh. Dia dah ngantuk nak tido





Cisss!! menyemak jer si bibik kat belakang tu!


Harga tiket bergantung pada conservatories yang kita nak masuk. Nak naik OCBC Skyway harga lain pulak.


Flower Dome..yang ni waktu malam lagi cantik


See..cantik kan?



Ini OCBC skyway. Tak kuase ai nak naik..gayatttt


Conservatories..rumah hijau untuk tanam & display pokok2


Ada dua conservatories, Flower Dome & Cloud Forest. Sejuk ber-aircond jer kat dalam tuh..

Kalau tak larat jalan, bole naik cruiser or keretapi budak2 panggil.
Kitaorang naik cruiser sebab masa sampai matahari tengah lit-lit orang Kedah kata, cuaca panas sangat. Lencun baju kalau bejalan dalam garden tu, siap bole perah lagi kot. hahaa..
Naik garden cruiser ni dia bawak pusing2 satu garden tu sambil bagi penerangan..

Next tempat dituju..Flower Dome..
Banyakkk jenis bunga kat sini. Cantik sangat2..




si Alya tido jer dari mula masuk conservatory.hohoo..



Lompat sesaje dengan budak2 nih, mentang2 badan ringan.. 


Eee..comelnye...


feeling2 ohh..indahnya dunia..kononn :p

Satu lagi conservatory is Cloud Forest. Tak ambil gambar sangat sebab dalam tu ada air terjun tinggi, masuk2 je muka dah kena percik dengan air terjun tu..huhh. Nak keluarkan camera takot masuk air pulak. Plus macam hujan renyai2 gitu kat dalam tu. Pokok2 kat sini mostly yang tumbuh dalam hutan hujan. So, kena la sembur air 24jam kan nak bagi environment wet macam dalam hutan hujan yang betol.





Ibu salah bagi susu ke kat Alya ni? Asal jenjalan je tido memanjang...


Lastly masuk souvenir shop, rembat fridge magnet & key chain buat kenang-kenangan.


 letihhh+laparrr..uhukk


 laa..nak balik baru celik mata ye Alya


 Satu2nya pic Alya celik mata, yang lain pejam je..huhu

xoxo










Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Bersalin Puteri Sulung

Tips Cepat Sembuh Ketika Demam

Super Like : Buds Organic for baby