Tips Cepat Sembuh Ketika Demam

Assalamualaikum...

It's school holiday!!!
Selamat bercuti kepada adik-adik sekalian. Manfaatkan cuti sekolah ni dengan perkara-perkara yang berfaedah ye.Tak payah la pegi buat paranormal activity kat Villa Nabila tuh. Pegi masjid lagi bagus kan. Heheee... Yang nak pergi berkelah atau bercuti kat mana-mana pun, jangan lupa keselamatan diri itu penting ye. Jangan ingat seronok je...malang kan tak berbau. Sekian pesanan ikhlas tanpa penaja dari ahkak. Ekekeee...

Ok back to the topic. Sekarang kan musim demam selesema sakit tekak dan sewaktu dengannya kan. So, kat sini nak bagi tips la, berguna bila kita atau anak kita demam. Sebelum tu kena tahu kenapa demam boleh terjadi.



Demam menandakan sistem pertahan badan sedang di-activate untuk melawan jangkitan. Biasanya demam yang tiba-tiba disebabkan oleh tubuh terdedah pada virus baru.

Bila diberi ubat macam paracetamol (pcm), ia bukan untuk bunuh virus tu tapi memberi kelegaan misalnya turunkan suhu badan, kurangkan sakit sendi, etc. Untuk melawan virus itu memerlukan antibodi dari tubuh kita sendiri.

Sistem imuniti berbeza-beza pada setiap orang. Ia bergantung kepada 'kecantikan sel' dalam tubuh. Anak yang diberi makanan berkhasiat & seimbang, bebas dari udara kotor, ceria gembira & bersemangat akan sembuh lebih cepat dari yang sebaliknya. Kenapa? Makanan yang tidak berkhasiat dan pencemaran menjadikan tubuh anak kita lebih cepat menghasilkan radikal bebas yang merosakkan sel; dan anak yang tak gembira (stress) menghasilkan hormon kortisol yang melambatkan respon tubuh untuk membina antibodi.

Kerana itulah anak-anak selalu demam bila disuntik vaksin. Ia bukan petanda tak baik tapi adalah baik kerana menunjukkan tubuhnya bertindak ke atas vaksin virus yang disuntik ke tubuhnya.

Kalau anak cuma demam ringan (tidak melebihi 38 darjah C) ibu bapa tak perlu nak cepat-cepat beri pcm, sebab peningkatan suhu badan tu menunjukkan badannya sedang 'berperang' dengan jangkitan tu. Dan ia indikasi yang bagus sebenarnya, sebab bila suhu badan meningkat, pembiakan virus/bakteria penyebab penyakit menjadi perlahan. Tahu kenapa ubat kimoterapi adalah panas? Sebab suhu yang panas memperlahankan sel kanser dari merebak serta membunuh sel kanser tu.

Jom tengok tips berguna untuk redakan demam...

1. Pastikan anak betul-betul demam
Suhu badan manusia berubah-ubah mengikut waktu dan keadaan badan. Pada waktu petang dan selepas bersukan misalnya , badan manusia lebih panas dari pada biasa. Oleh itu dapatkanlah termometer bagi menyukat suhu anak-anak. Termometer yang digalakkan ialah termometer digital, kerana lebih selamat digunakan berbanding termometer kaca merkuri, walaupun ketepatannya sedikit berkurangan.
Suhu badan biasa ialah 36- 37.4 darjah celcius.
Demam ringan: 37.5-38.4 darjah celcius.
Demam biasa: 38.4 – 39.9 darjah celcius.
Demam tinggi: 40-41.4 darjah celcius.
2. Boleh buat “sponging” atau menjelum anak bagi mengurangkan suhu.
“Sponging” merupakan satu kaedah yang telah digunakan bertahun-tahun bagi melegakan suhu anak. Cara untuk melakukan sponging ;
1. Sediakan air suam dalam besen, dan 3 helai tuala kecil.
2. Rendam tuala dan perahkan.
3. Lapkan air suam pada kepala anak perlahan-lahan menggunakan tuala pertama, dan biarkan.
4. Lapkan air suam pada pada kedua-dua ketiak anak menggunakan tuala kedua, dan biarkan di celah ketiak.
5. Lapkan air suam pada paha dan celah paha menggunakan tuala ketiga, serta biarkan seketika.
6. Ulangi dan lakukan selama 30 minit.
JANGAN GUNAKAN AIR SEJUK/AIS!
Air sejuk/ais akan menyebabkan badan menggigil, dan badan akan memberitahu otak, bahawa badan kesejukan. Otak akan bertindakbalas dengan meninggikan suhu lagi, dan demam akan menjadi lebih tinggi.
Terdapat ibubapa yang mencampurkan asam jawa kepada air, dan memandikan anak-anak dengan air ini. Tidak ada halangan untuk menggunakan cara ini bagi menyejukkan badan.
3. Galakkan anak minum air dengan banyak
Letakkanlah sebotol air di tepi katil anak-anak dan segelas cawan. Jika anak-anak boleh memahami, beritahu dia supaya menghabiskan segelas air dalam masa 1 jam contohnya. Mintalah dia minum sedikit-sedikit, tetapi kerap.
Jika anak masih kecil, ibubapa harus rajin dan memberi anak minum sedikit-sedikit tetapi kerap, contohnya setiap 10-15 minit, suapkan 2-3 sudu air.
Boleh beri apa saja air kegemaran: jus buah, Ribena, Milo, air suam asalkan tidak mempunyai gas (air berkarbonat) atau air yang mempunyai kafein tinggi seperti Nescafe/ kopi.
Untuk menambah air di dalam badan, boleh memasakkan makanan yang mempunyai kandungan air yang banyak seperti sup ayam, bubur dan lain-lain.
Ibubapa boleh menilai tahap hidrasi anak-anak melalui tanda-tanda di bawah ini.
Dehidrasi ringan:
Aktif, jumlah air kencing dan kekerapan macam biasa, air mata ada ketika menangis.
Dehidrasi sederhana:
Merengek, bibir merekah dan mulut kering, air kencing kurang banyak, 1-2 kali sehari, berwarna kuning pekat, mata cengkung ke dalam dari biasa, tiada atau sedikit air mata ketika menangis.
Dehidrasi teruk:
Lembik, tidak mampu membuka mata atau melihat kembali, tidak kencing langsung dalam 24 jam, terbaring sepanjang masa dan tidak bermain, kaki dan tangan sangat sejuk, bernafas dengan laju, nadi lemah dan cepat, kulit kering dan berkedut.
Jika anak mengalami dehidrasi sederhana atau teruk, bawalah berjumpa doktor/terus ke hospital untuk rawatan lanjut.
4. Pakaikan anak-anak dengan pakaian nipis supaya haba dalam badan boleh keluar
Ibu bapa digalakkan memakaikan anak-anak dengan baju yang nipis supaya haba boleh keluar. Pakaian yang tebal akan meningkatkan suhu badan anak-anak. Kain kapas dapat menyerap peluh dengan baik dan anak-anak juga lebih selesa.
5. Berikan ubat demam paracetamol mengikut dos dan jangkawaktu yang ditetapkan.
Ubat paracetamol (atau panadol) merupakan ubat melegakan demam, menahan sakit dan mengurangkan radang yang telah diuji selama bertahun-tahun selamat digunakan selagi tidak melebihi dos maksimum yang dibenarkan. 
Sekiranya demam anak-anak didapati tinggi, melebihi 38.5 darjah celcius, boleh berikan loading dose 20 mg/kg. Selepas itu, boleh diberi dengan dos biasa 15 mg bagi setiap kg setiap 4-6 jam. Tetapi pastikan tidak melebihi 4 dos sehari.
6. Banyakkan berdoa dan elakkan dari berburuk sangka dengan Allah. 
Anak demam adalah tanda Allah sayang.. Allah beritahu kita sistem badan anak kita OK. Elakkan dari bersedih depan anak. Berikan semangat untuk dia cepat sembuh. Kalau dia tengok mak sedih, dia lagi sedih. Jangan terlalu ikut emosi... Doakan yang baik-baik ye wahai ibu bapa.
Sebolehnya saya tak mahu beri ubat yang mengandungi dadah pada anak.Apa pilihan lain yang ada?
Shaklee ada beberapa produk yang sesuai, all natural dan selamat untuk membantu meredakan demam. Yang penting kita ikhtiar, usaha dan berdoa...hanya kuasa Allah yang mampu sembuhkan.
>>>Meal Shake<<<
1. Mengandungi 19 vitamin utama dan mineral tambahan
2. Kaya dengan sumber kalsium dan protein
3. Amat diperlukan oleh kanak-kanak untuk membesar, kuat dan sihat
4. Pilihan protein soya terbaik anda

>>>Omega Guard<<<

1. Penting bagi perkembangan dan fungsi otak
2. Meningkatkan sistem imunisasi
3. Menapis segala virus dan bacteria daripada badan.
4. Kanak-kanak yang mengambil Omega-3 sedari kecil dapat mengurangkan jangkitan pernafasan.
5. Untuk ibu yang breastfeed anak, jika anak anda demam atau selesema, ambil 2 biji Omega Guard dan breastfeed anak anda seperti biasa. InsyaAllah, demam anak anda akan berkurangan.

>>>Performance Drink (PD)<<<

Bagi memastikan tubuh anak tidak terhidrasi terutamanya semasa demam, Performance drink adalah pilihan yang lebih baik!
TERBUKTI SECARA KLINIKAL:
1) Membantu tubuh berhidrasi dengan lebih baik berbanding air!
2) Memelihara tahap gula dalam darah bagi mengekalkan keupayaan tenaga dalam meningkatkan stamina.
3) Mengandungi imbangan elektrolit untuk MENCEGAH ‘DEHYDRATE’
4) Tiada perasa tiruan, pemanis atau pengawet yang ditambah
5) Campuran Elektrolit OPTI-LTYE™ proprietari. Ia terdiri daripada campuran unik karbohidrat dan kandungan garam. Fungsi karbohidrat dalam PD ini membantu menggantikan semula tenaga yang hilang.

>>>Basic H<<

Bila anak demam, semua orang cari Basic H. Mengapa?
Basic H ni sebenarnya pencuci serbaguna tanpa bahan-bahan kimia yang boleh penetrate thru skin. It’s organic based. Takde kaler, takde bau, takde bahan kimia TAPI SANGAT efektif.  Sebab Basic H ni menyerap haba 3 kali ganda dari air biasa. So, kalau anak demam, kita mandikan atau lapkan badannya dengan Basic H, InsyaAllah boleh lega dan suhu akan turun..
Basic H juga sesuai untuk yang ada masalah eczema, gatal-gatal, alergi dan demam campak.

>>>Nutriferon<<<

Nutriferon penggalak imunisasi (immune booster) ciptaan pakar imun, Dr Kojima dari Jepun. Sangat digalakkan diambil oleh mereka yang punya masalah ANTIBODI yang LEMAH, SENANG SAKIT dan sakit yang lambat recover.
Siapakah yang perlu ambil Nutriferon?
1. Mereka yang sering sakit, selsema, demam.
2. Ibu yang menyusukan anaknya yang mana anaknya demam atau sakit yg berpanjangan.
3. Mereka yang mempunyai masalah imunisasi.
4. Mereka yang sering travel dan kerap ke luar negara.
5. Mereka yang sering stress.
6. Mereka yang terdedah dengan bahaya penyakit.
7. Mereka yang tak suka makan banyak vitamin antioksidan, ACE boleh gantikan dengan Nutriferon sepeket sehari.
8. Mereka yang mempunyai allergi dan eczema.


Itulah dia PERISAI-PERISAI untuk anda sekeluarga di rumah.Ingin dapatkan produk-produk ni pada harga istimewa?
Hubungi saya :)


Saya adalah pengedar sah Shaklee
Penghantaran produk ke seluruh Malaysia dan juga luar negara
Harga istimewa dan konsultasi percuma akan diberikan apabila membuat pembelian dari saya
Shaklee Independent Distributor [ ID : 890884 ]
Contact No / Whatsapp / WeChat : 0194772103
Emel : nurzariff@gmail.com

Cash on Delivery area : Larkin, Kempas, Majidee, Bandar Baru Uda


Sumber : www.celikvitamin.com
yourvitaminguru.blogspot.com
simanjasihat.wordpress.com
pilihan-ibu.blogspot.com

Comments

  1. terima kasih.. artikel yang baik..

    ReplyDelete
  2. Nice info..setiap ibu bapa kene tahu ni hehe

    Thumbs up!

    Www.adaa-inspiration.com utk info kesihatan ye

    ReplyDelete
  3. thank you dear.feel free to share kalau bermanfaat :)

    ReplyDelete
  4. ada tips tak nak cari termometer yang bagus ?

    Jom kita baca TIPS KULIT CANTIK

    ReplyDelete
  5. Wah artikel yg bagus nih, bisa buat jaga2 nanti kalo anak lagi demam. Sebagai ibu muda yg harus merawat anak, juga harus merawat diri juga kan merawat diri itu memang dibutuhkan wanita, apalagi untuk wanita berhijab. Padahal Sebenarnya aq dulu risih juga kalo pake hijab, tapi ketika pakai hijab dari PRODUSEN MUKENA KATUN JEPANG. saya malah lebih suka karena mukenanya nyaman, lembut dan adem. Makasih ya mbak udah berbagi tips dan ceritanya...

    ReplyDelete

  6. Artikel yang menarik mengenai demam. Demam juga boleh mendatangkan kebaikan. Antara kebaikan demam ialah ia dapat menguatkan sistem imunisasi badan.

    ReplyDelete

  7. Artikel yang menarik mengenai demam. Demam juga boleh mendatangkan kebaikan. Antara kebaikan demam ialah ia dapat menguatkan sistem imunisasi badan.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Super Like : Buds Organic for baby

Pengalaman Bersalin Puteri Sulung