Iphone Apps : Iman

Assalamualaikum...

Teknologi zaman sekarang semuanya di hujung jari. Nak tahu resipi, nak cari lokasi, taip je kat google, nahhh keluar berderet website yang match dengan tajuk yang kita cari. Senangkan..

Kali ni nak share tentang apps yang harus dimiliki oleh semua muslimin dan muslimat pengguna telefon pintar. Maklumlah, sekarang ni kan ramai yang pakai telefon pintar. Apa kata gunakan kelebihan teknologi yang kita ada untuk kebaikan diri kita dan orang sekeliling. Sharing is caring :) 

Nama aplikasi ialah "Iman". Fungsi utama aplikasi ini adalah sebagai solat reminder dimana aplikasi ini akan memberitahu kita waktu solat yang tepat dimana sahaja kita berada di Malaysia, termasuk Brunei dan Singapura. 






Aplikasi ini bole dimuat turun secara percuma daripada AppStore.

Antara kelebihan aplikasi ini adalah:

- fungsi alert dengan laungan Azan
- waktu solat yg tepat dengan perakuan dari JAKIM
- ada fungsi "kiblat finder" (guna compass/location build in)
- fungsi "tasbih counter"
- didatangkan dgn al-mathurat

Jika berminat, bole klik pautan terus ke AppStore dibawah :

https://itunes.apple.com/sg/app/iman/id507445641?mt=8

Dekat aplikasi ni turut dimuatkan kalendar Hijrah. Asyik hafal tarikh-tarikh penting guna kalendar kuda ja kan. Why not record tarikh-tarikh penting dalam hidup kita guna kalendar Islam jugak. Nak sambut anniversary boleh buat dua kali, satu untuk tarikh kalendar kuda then satu untuk kalendar Islam :D









Zahiah & Ariff


p/s : Special kredit untuk seseorang sebab entri ni dikarang oleh si suami Ariff Safwan, tapi bininye yang pi edit ayat nak bagi sedap.hahaaa...jangan marehh abang. Ai lap u lahh.


Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Bersalin Puteri Sulung

Tips Cepat Sembuh Ketika Demam

Super Like : Buds Organic for baby