Baby Food : No Sugar or Salt please....

Assalamualaikum..


Alhamdulillah...Alya dh nak masuk 8 bulan minggu ni. Macam-macam skill dah boleh buat. Merayap, meniarap, guling sini situ, tangan merobek sana sini. Mulut tu tak payah cakapla, membebel apa ntah. Haishhhh...kadang-kadang rasa penat and geram but at the same time seronok. Sabar dan layan je segala karenah puteri kesayanganku ini. 
Cherish every moment sebab bila anak dah besar kita akan rindu saat-saat ketika dia masih kecil. 




 Nur Alya Zahra...fresh from the womb till now


Syukur sangat dapat tengok dia membesar depan mata. Tak tahu macam mana la jadinya kalau Zah masih bekerja dan terpaksa tinggal Alya kat nursery. I really hate that feeling...bila terpaksa tinggalkan anak :(




Plishhh...don't do that cute eyes to ibu. Rasa macam nak seduttt :D



Selalu orang cakap baby mula makan solid food bila umur 6 bulan kan. Zah start introduce solid food kat Alya since she was 5 months 2 weeks. Well, I have my own reason. Actually kat luar negara since 4 months dah boleh introduce solid food tapi bergantung kepada keadaan bayi. Mulakan dengan solid food dari buah-buahan dulu like apple, sweet potato and pear. Apply the 4 days rule. If poo poo okay dan tak ada kesan alergi then boleh proceed :)


So far perut Alya dah boleh terima, bukan semua tapi yang sesuai dengan umur dia saja macam epal, pisang, pear, bubur nasi, oat, carrot dan macam-macam lagi. All homemade solid food dan yang paling penting NO SALT and SUGAR added.


Biasa kita dengar mak-mak atau nenek-nenek kita akan cakap "Bubur tu letak garam gula sikit bagi baby rasa manis masin"...kan? 


No no no...that is a big mistake...


Zaman dah berubah. Dulu mungkin susah nak korek maklumat, cari info pasal solid food for baby. Sekarang, all thing is just a click away. 
Mari kita tengok apa sebabnya tak di galakkan garam dan gula untuk bayi.


Kenapa garam dan gula tak sesuai untuk bayi di bawah umur 1 tahun? 



1) Makanan bayi bawah umur 1 tahun adalah tidak memerlukan garam tambahan. Sebab buah pinggang (kidney) bayi masih belum matang untuk memproses lebihan garam dalam badan.

2) 6 bulan pertama bayi (newborn sampai umur 6 bulan) bayi cuma perlukan kurang daripada 1 gram garam sehari, yang mana garam-garam tersebut boleh diperolehi daripada susu badan atau susu formula.

3) Bayi berumur 7 bulan hingga 12 bulan, cuma memerlukan garam 1 gram sehari, yang boleh diperolehi daripada rasa semulajadi makanannya iaitu dari daging ayam, ikan, sayur-sayuran, buah-buahan.

4) Kanak-kanak umur 1 tahun hingga 3 tahun cuma memerlukan kurang dari 2 gram garam sehari (bersamaan dengan 0.8g sodium sehari)

5) Nasihat dari doktor pakar kanak-kanak yang Zah jumpa, jika dari kecil kita ajar anak-anak makan makanan manis je, soon bila dah besar dia akan cenderung untuk memilih makanan manis sahaja. In other words, they will become a picky eater. This is not good for their brain and physical development. 




Tak nak makan sayur.....



Bila selalu makan makanan manis, then comes the sugar rush and turn our kids into hyperactive mode, jenis tak duduk diam. Oh no...


Goshh...nak tidur pun still melompat lagi, fenin mak feninn...



Beri penerangan kepada orang-orang yang tak paham kenapa tak boleh letak garam gula dalam makanan bayi. InsyaAllah lepas tu mereka akan lebih berhati-hati bila nak suap anak kita apa-apa makanan. Zah sendiri pun mula-mula agak struggle nak terangkan kat husband dan family. 


Husband pernah suap coklat kat Alya when she was 4 months. Zah tengah mandi masa tu. Keluar bilik air tengok mulut Alya comot dengan coklat. Waaaarghhh!!! geram ai taww...


Lepas explain kat husband baru dia paham. Sekarang nak suap apa-apa kat Alya dia akan tanya dulu. Heheee...."Bu, abang nak suap kek kat Alya boleh?" Me with panic and shocking face answered.."Huhh? Big NO" (over paranoid mum.hahaa..)


Option untuk gantikan gula dan garam, selalu Zah letak buah kurma. Tapi jangan banyak sangat ye, nanti terlalu manis pulak. Cukup sekadar manis-manis buah orang kata. Lagipun buah kurma kan banyak khasiatnya.


Mungkin sesetengah orang akan jawab.."Alahh..dulu bagi si anak ni makan macam-macam ok je, besar elok je"... Hmm...itu anak awak. Kalau anak saya sakit sebab makan benda-benda manis masin ni awak nak jaga ke? Fikir-fikirkan...


Kita yang penat mengandung 9 bulan, kita sendiri yang merasa sakit bersalin, kita BERHAK untuk tentukan makanan yang terbaik untuk anak kita.


Jumpa lagi!









Comments

Popular posts from this blog

Tips Cepat Sembuh Ketika Demam

Pengalaman Bersalin Puteri Sulung

Super Like : Buds Organic for baby