Assalamualaikum...Salam sejahtera Entri kali ni khas untuk para wanita di luar sana, tak kisahla yang bujang atau sudah berkahwin. Zah nak share tentang suatu kisah benar yang di alami oleh seorang isteri yang berkerjaya dan berkeluarga. Yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan :) “Saya ingin berkongsi pengalaman ini dengan semua kerana saya ingin puan-puan tahu apa sebenarnya tersirat di dalam benak sesetengah suami dan bagaimana dia melihat kita dari pandangan mata mereka. Walaupun mereka tidak pernah komplen tentang perawakan kita tetapi di sudut hati mereka mereka menilai secara diam-diam dan membanding kita dengan perempuan lain. Barangkali suami puan-puan tidak begitu, tapi ini boleh jadi panduan.. Saya seorang isteri baru berusia 29 tahun dan mempunyai 3 orang anak. Perawakan saya biasa sahaja, tidaklah hodoh, sedikit gempal setelah melahirkan 3 orang anak. Saya berkerja sebagai seorang eksekutif dan suami saya berkerja biasa...