Bayi Jatuh Katil : Apa Nak Buat???

Assalamualaikum...


Hai. Dah lama Zah tak buat entri ye. Sori larr...sejak balik dari kampung ni, mood berblogging ntah kemana. Masih homesick la. Hampir seminggu di kampung rasa tak puas :(

Sejak balik ke Johor Bahru jugakla, Alya dapat akai (bahasa Kedah...nak translate bahasa key el ai tataw :D) baru pulak dahhh... :|




Dari pagi sampai ke malam, ni la qheja dia...




Kadang-kadang Zah tak sedar, bila masa dia berdiri, bertenggek kat kerusi??? Tinggal dia 5 saat ja, datang balik dah sengih-sengih kat kita sambil berdiri pegang kerusi. Aiyyaakkk... :-S

Jatuh bedebuk ke belakang tu jangan cakap la. Dah banyak kali dummmm. Lepas tu..huwaaaaa...

Tapi tak serik la budak bertuah ni. Nasib jatuh atas karpet/tilam and tak da cedera serius. Just menangis melolong kejap. Lepas tu sambung panjat lagi.

Banyak jugak dengar kisah bayi jatuh ni. Untuk first time mummy macam Zah ni of course la akan panik kan? So, penting untuk kita tahu apa nak buat bila bayi jatuh dari sofa, katil, buaian, walker, stroller dan sebagainya.



First thing kita perlu buat is JANGAN PANIK. RELAXXX...

Kalau panik memang tak dapat fikir betul-betul kan. So, take a deep breath and tenangkan diri dan bayi anda. Bawa dia ke tempat lain, macam ke bilik tidur or dapur ke, just to change the mood. 


Bila bayi dah tenang, ikut langkah-langkah di bawah ye...


1. Jangan telefon talian kecemasan atau berkejar ke hospital. Not yet!

2. Periksa kepala, otot dan badan anak untuk sebarang luka, lebam, bengkak, calar atau sebarang perubahan yang tidak normal. Buka seluruh baju anak untuk memudahkan anda memeriksanya. Jika tidak menemui sebarang luka, lebam atau bengkak pada kepala dan badan anak, kemungkinan besar tiada apa yang perlu anda risaukan.

3. Jika anda mengesan luka, lebam atau perubahan yang tidak normal, atau anak anda kelihatan lemah untuk jangka masa yang lama segeralah ke hospital berdekatan.

4. Periksa tanda-tanda kecederaan kepala. Bawa anak anda berjumpa doktor dengan segera jika terdapat salah satu tanda-tanda di bawah.


Tanda-tanda bayi mengalami kecederaan kepala 


1. Pengsan atau pitam.. Walaupun 1 minit.

2. Muntah.

3. Terdapat darah / cecair jernih keluar drp hidung atau telinga selepas terjatuh.

4. Tarik atau sawan (fit).

5. Keadaan mental yang tidak normal.

6. Anak tidak aktif seperti biasa.

7. Tidak stabil apabila berjalan.

8. Lebam pada bahagian belakang telinga.

9. Menangis berpanjangan.

10. Anak mengadu sakit kepala.

11. Tanda-tanda pada mata seperti juling, anak mata tidak sama saiz, kelakuan seperti melanggar sesuatu atau trip apabila berjalan/berlari.

12. Untuk anak yang lebih besar, mereka mungkin mengadu penglihatan kabur.



Semua tanda-tanda yang dinyatakan perlulah diperhatikan terutamanya dalam tempoh 24 jam selepas terjatuh.

Harap entri ni dapat membantu untuk menghadapi saat-saat kecemasan bila anak kita jatuh.


Jumpa lagi.... :)




"Seorang pelakon sarkis memberitahu bagaimana untuk mengelakkan kecederaan teruk sekiranya berlaku kemalangan seperti jatuh..
Apabila jatuh, biasanya kita akan berada dalam keadaan panik – semua otot badan kita mengejang..
Inilah yang menyebabkan kita cedera teruk..
Pelakon tersebut memberitahu supaya membayangkan diri ibarat stokin buruk sewaktu mengalami kemalangan..
Stokin buruk kan lembik..
Jadi, apabila jatuh ia akan menyerap semua tenaga yang berlaku semasa jatuh dan tetap dengan bentuk asalnya..
Pendek kata, kalau berlaku kemalangan relakskan semua otot anda.."















Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Bersalin Puteri Sulung

Tips Cepat Sembuh Ketika Demam

Super Like : Buds Organic for baby