Realiti Kehidupan : Bila Isteri Dah Tak Cantik

Assalamualaikum...Salam sejahtera


Entri kali ni khas untuk para wanita di luar sana, tak kisahla yang bujang atau sudah berkahwin. Zah nak share tentang suatu kisah benar yang di alami oleh seorang isteri yang berkerjaya dan berkeluarga. 


Yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan  :)



“Saya ingin berkongsi pengalaman ini dengan semua kerana saya ingin puan-puan tahu apa sebenarnya tersirat di dalam benak sesetengah suami dan bagaimana dia melihat kita dari pandangan mata mereka. Walaupun mereka tidak pernah komplen tentang perawakan kita tetapi di sudut hati mereka mereka menilai secara diam-diam dan membanding kita dengan perempuan lain.

Barangkali suami puan-puan tidak begitu, tapi ini boleh jadi panduan.. Saya seorang isteri baru berusia 29 tahun dan mempunyai 3 orang anak. Perawakan saya biasa sahaja, tidaklah hodoh, sedikit gempal setelah melahirkan 3 orang anak. Saya berkerja sebagai seorang eksekutif dan suami saya berkerja biasa saja..

Kebanyakan belanja rumah seperti ansuran rumah dan kereta, saya yang membayarnya demi suami yang mempunyai gaji tidak seberapa.

Suami saya bolehlah di katakan menarik jika dibandingkan saya, tinggi, putih dan menarik minat ramai perempuan semasa bujangnya. Saya mengabdi diri seluruhnya untuk rumah tangga, pagi sebelum pergi kerja saya akan masak utk anak-anak, sarapan utk suami, saya memandu sendiri ke pejabat dan setelah balik ke rumah pada petangnya sayalah yang menyediakan segala keperluan rumahtangga.

Sepanjang perkahwinan suami tidak pernah komplen pasal penampilan saya. Saya memakai tudung, dia nampak biasa saja, tetapi dia tidaklah sentiasa tertarik kepada saya semasa di rumah seperti cuba mencium saya, memeluk atau memegang saya, biasa sahaja kami akan bersama bila waktu malam apabila dia perlukan saya.

Baru2 ini saya mendapat tahu dia mempunyai kekasih di tempat kerja sendiri. Gadis tersebut bukanlah muda dari saya tetapi sudah berumur 30 tahun. Saya mendapat tahu juga yang suami saya sering ke rumah gadis tersebut semasa waktu kerja. Hubungan yang terjalin nampaknya telah sampai ke tahap hubungan seks.

Bila saya bersemuka dan bertanya kepadanya, pada mulanya dia menafikan,tetapi setelah dikemukakan bukti dan sebagainya, baru dia mengaku. Saya ingin tahu kenapa dia menjalin hubungan. Apa kurangnya saya, dia akhirnya berterus terang mengatakan memang tiada apa yang kurang dengan saya, saya menjaga makan minum, membantu kewangan, menguruskan rumahtangga dengan baik tetapi saya hanyalah setakat itu sahaja tiada rangsangan lagi bila melihat saya.

Baginya, dia kadangkala ingin bersama wanita yang di lihat cantik,menarik minat lelaki lain dan bila berjalan sama menimbulkan cemburu pada lelaki lain. Dia dengan berani memberitahu saya bahawa teman wanitanya mempunyai kuku yang cantik, perut yang nipis, bau yang sedap, fashion yang menarik.

Sedangkan saya menurutnya walaupun tidak hodoh tetapi hanyalah wanita yang sangat biasa saja,kuku saya pendek dan kadang-kadang rosak kerana memasak, rambut pulak kadang-kadang berbau bila balik kerja kerana bertudung sepanjang hari. Perut saya pula tebal, tidak menarik di rumah bila hanya ber t-shirt dan berkain batik.

Hari-hari melihat saya dia merasa tiada apa yang dibanggakan tentang saya, bercakap di rumah pula hanyalah tertumpu pasal rumah, anak-anak. Tiada topik menarik seperti teman wanitanya yang boleh bercakap pasal politik, karier, mempunyai taste yang tinggi dan dapat membantu dia mengenali dunia yang baru mengenai fashion, korporat, jadi dia merasakan seperti lelaki yang berjaya bila bersama wanita tersebut.

Memang saya akur tentang perawakan saya kerana pertama memang saya di lahirkan begini. Kedua saya terlalu sibuk untuk membelek diri sendiri. Ketiga saya tidak mempunyai cukup wang untuk berbelanja sepenuhnya untuk kecantikan.

Begitulah hati budi lelaki sebenarnya walau bagaimanapun kita menjaga dia tetapi dia masih mementingkan fizikal jauh di sudut hati ingin bersama wanita menarik yang boleh membuat dia berasa bangga.

Saya telah pun berpisah dengan suami sekarang tetapi saya tidaklah duduk meratap tetapi menghadiri slimming session dan membelanjakan duit separuh untuk kecantikan bukan untuk lelaki tetapi untuk kepuasan sendiri, biarlah saya pendek dan sedikit tembam tetapi saya berazam untuk menjaga kebersihan dan kelihatan menarik."

PS (Pendapat Aku) : Penting di sini kita memahami erti perkahwinan. Perkahwinan adalah bukan tempat kita untuk berseronok-seronok dan jangan bertindak zalim dengan perbuatan kita. Perkahwinan adalah sebahagian cara untuk kita mencari keredhaan Allah. Dan perkahwinan itu sebahagian dari Iman. Dan perkahwinan juga tempat kita di uji. Maka, bersabarlah dan bertindak dengan bijak dengan penuh hikmah .

“Bagi lelaki yg berfikir utk bertindak seperti ini, fikirkanlah, betapa besarnya pengorbanan seorang isteri demi sebuah keluarga yg sempurna. Jadikanlah kebaikan seseorang isteri itu sebagai hiasan untuk anda, tetapi jadikanlah keburukan seseorang isteri itu sebagai tanggung jawab untuk anda memperbaikinya….InsyaAllah…….”

by Mohd Azli Afandi



Bagi Zah, tak kira la sesibuk mana pun kita, penampilan kena jaga especially di rumah. Kan berhias untuk suami dapat pahala :)

Jangan tunggu suami complaint baru nak bertindak. Ambil inisiatif sendiri. Mulakan langkah dengan melaburkan sebahagian kecil dari pendapatan kita untuk kecantikan diri seperti ke spa, buat facial, gunting rambut, buat pedicure and manicure dan sebagainya.

Alhamdulillah, suami Zah sangat memahami kehendak dan keperluan Zah untuk menjaga kecantikan. He let me go to spa for some relax and me-time. Paling Zah terharu, dia hadiahkan Zah corset Premium Beautiful. Awww..so sweet of you darling...(malu pulak nak buat muahh muahh kat sini, hahaaa..)

First time dalam hidup pakai corset mahal and honestly I tell you, it's worth it! Pelaburan yang berbaloi-baloi. Kualiti kain yang bermutu tinggi. Sangat berbeza dengan corset lain yang Zah pernah pakai sebelum ni. And one more thing, I lost 6kg within 2 months wearing Premium Beautiful! Yeayyyy... (clap clap)

Kesihatan dalaman??? Leave it to Premium Beautiful to take care of it :)
Kita ni orang perempuan especially yang dah bersalin banyak kali, kesihatan dalaman badan kita dah tak sama macam zaman bujang dulu. Ye dok? Yang dah ada anak dua tiga orang tu akan pahamle apa yang Zah cakap ni kan. 

So, jangan tunggu lagi. Dengan bayaran ansuran bulanan serendah RM200 setiap bulan, Premium Beautiful corset mampu menjadi milik anda. Contact me and I would love to share with you the beauty behind this famous and trusted corset. See ya!


I had wear it, feel the difference, and believe it. When is yours??



I am an authorized dealer of Premium Beautiful Corset, I will give u professional consultation to meet the best of your requirement and expectation.

Call/text me at 0194772103






Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Bersalin Puteri Sulung

Tips Cepat Sembuh Ketika Demam

Super Like : Buds Organic for baby