5 Tips Hebat Bantu Bayi Anda Dapatkan Lebih Banyak Susu Ibu

Assalamualaikum

Alkisahnya, 2 weeks ago Zah bawa baby Hilman pergi jumpa Dr. Lim, paediatrician kat INS Specialist Center sebab Hilman dah tak poo poo for 4 days. Mula-mula Zah ingat its normal for breastfeed baby tak berak for few days. Susu ibu kan mudah hadam. So, maybe badan Hilman serap semua nutrien dalam susu ibu dan takda benda nak di nyahtinjakan (I'm so bad at vocabulary, nasib SPM tak fail BM,hehee...) melainkan air kencing.

Yang buat Zah terfikir nak pergi jumpa doktor tu sebab Hilman menangis every hour. Bila breastfeed, dia hisap susu sampai tertidur. And next hour akan jaga lagi mintak nenen. Then tertidur lagi. Siang dan malam macam tu la gayanya. Zah fikir, tak boleh jadi ni. Jomla bawak jumpa paed. At least ada yang pakar check my baby and Zah boleh tahu situasi ni normal ke tak. Hati pun senang kan. Daripada dok assume sorang-sorang. Dahla laki ai dok jauh...sob..sob..(more to seronok sebenarnya sebab dok kampung dekat dengan family & mertua,best sangat!Hahaa..sorry abang :p)

So, bila Dr. Lim check dia kata nothing serious just TAK CUKUP SUSU. Then, Dr. masukkan ubat kat bontot nak tengok Hilman berak banyak ke sikit. End up Hilman berak sikit je which is strongly indicate ketidakcukupan susu itu.

Another thing yang Dr. tengok is berat. Well, berat Hilman at that time is 4.1kg. Sepatutnya untuk baby berumur 45 hari, berat yang ideal is 4.8kg. So, kurang 700g. Banyak tu...

Bila Dr. explain, me was like "Ya Allah, i'm such a bad mom.Kesiannya anak aku". Ingatkan Hilman dah kenyang sebab lepas menyusu terus tidur. So, Dr. advice top up dengan formula milk, sementara Zah kena usaha tambahkan susu badan so that boleh catch up dengan Hilman's requirement 4-5 oz every feeding.

Oooo...betoila cakap orang...baby boy ni kuat menyusu. Baru ku tahu....

So, balik rumah Zah mula la googling around cari cara nak tambahkan susu.
Banyak juga refer you-tiup-kertas-terbang (Youtube,hehee..).

Kat bawah ni, Zah listkan cara yang Zah tengah amalkan dan alhamdulillah susu makin banyak sampai meleleh. Berkat doa Zah sendiri dan suami. Syukur sangat-sangat Allah murahkan rezeki Hilman. Actually, banyak ke sikit ke susu badan Zah tetap bersyukur. Kena banyak berdoa dan usaha. Yang lain berserah pada Allah. 


5 Tips Hebat Bantu Bayi Anda Dapatkan Lebih Banyak Susu Ibu nurzariff.blogspot.com shaklee


#1 : Biar bayi tentukan waktu menyusu

Susukan bayi sebaik sahaja bayi menunjukkan tanda-tanda ingin menyusu seperti di bawah.


5 Tips Hebat Bantu Bayi Anda Dapatkan Lebih Banyak Susu Ibu nurzariff.blogspot.com shaklee



Bila menyusu tu, biarkan bayi sendiri yang let go puting cik B kita sebelum tukar ke cik B sebelah lagi. Pastikan posisi ibu dan bayi dalam keadaan selesa dan bayi melekap (latch) dengan betul. Latching sangat-sangat penting supaya susu dapat keluar dan cik B rasa kosong selepas setiap sesi menyusu. Bila payudara kita kosong, otak akan transfer signal yang payudara perlu di penuhkan dengan susu ASAP. Itulah konsep DEMAND vs SUPPLY. More demand more supply. More milk please!


#2 : Cuba teknik Breast Compressions

Teknik ni sesuai untuk bayi yang asyik tertidur setiap kali menyusu badan. Boleh juga digunakan untuk bayi yang baru lahir supaya bayi akan dapat lebih banyak kolostrum. Teknik ni bukan sahaja buatkan bayi sentiasa hisap cik B kita, pada masa yang sama kita dapat merangsang pengeluaran susu yang lebih banyak, mengosongkan payudara dengan lebih efektif tanpa perlu banyak usaha. And it works on me and my baby!

Caranya, bila flow susu dah makin perlahan, notice that baby akan menghisap dengan lebih cepat. Masa ni sambil baby sucks sambil kita picit cik B kita. Picit dan tahan. Lepaskan cik B bila bayi berhenti sucks. Continue the same pattern sepanjang proses menyusu.


#3 : Switch nursing

Switch nursing maksudnya bertukar-tukar cik B.Kiri, kanan, kiri, kanan. Cenggitu la maksudnya. Cara ni dapat merangsang payudara untuk menghasilkan lebih banyak susu secara berterusan. Bayi juga akan dapat lebih banyak hindmilk (susu belakang) yang kaya dengan lemak. Hmm...susu ni yang buat badan baby bam-bam berketak-ketak tu. Ala-ala ayam kepci...nyum nyum :D


#4 : Bermesra dengan bayi anda

Haaa..ingat laki bini ja ka kena bermesra.Anak-anak pun kena bercintan-cintun jugak ye. Show how much you love them!
Kajian menunjukkan bayi yang di urut selalu mempunyai berat badan yang lebih ideal berbanding bayi yang tidak di urut. Cuba lakukan skin-to-skin contact sekerap yang mungkin. Boleh juga cuba kendong bayi (baby wearing) bukan sahaja di luar tetapi juga di dalam rumah. Co-sleeping atau tidur bersama bayi di waktu malam juga membantu dengan syarat kerapkan penyusuan di waktu malam. Hormon yang menghasilkan susu, prolaktin dan oksitoksin lebih tinggi di waktu malam. Oleh sebab anda tidur berhampiran dengan bayi, sesi penyusuan waktu malam mungkin lebih kerap daripada waktu siang.


# 5 : Pengambilan makanan tambahan

Alhamdulillah, badan Zah sangat serasi dengan Shaklee. Sebelum hamil lagi dah consume Set Kesihatan Optimum + GLA Complex untuk senang 'lekat'.
Bila dah confirm pregnant teruskan pulak dengan Set Ibu Hamil. Kesannya, badan sentiasa bertenaga, kurang letih, kurang lesu, berat badan masa mengandung naik dengan cantiknya, tak lebih tak kurang, tak kena berleter dengan nurse, ehehee..Badan pun takda la rasa kembang macam ikan paus. Paling penting tak kena minum air gula which taste yuckkyy to me. Kembang tekak hokayyy! 😖

Selepas bersalin makan pula Set Bersalin + Menyusu Shaklee. Jom tengok apa ada dalam set ni.

5 Tips Hebat Bantu Bayi Anda Dapatkan Lebih Banyak Susu Ibu nurzariff.blogspot.com shaklee
*gambar ihsan dari google


Vitalea (Multivitamin)

Vitalea sangat penting untuk ibu berpantang. Membekalkan 23 vitamin dan mineral yang sangat diperlukan oleh tubuh tapi sukar di dapati semasa berpantang sebab banyak makanan yang perlu dielakkan. Disaluti spirulina yang kaya dengan vitamin dan mineral. Mengandungi zat besi, elemen yang paling diperlukan unuk penghasilan darah merah untuk menggantikan darah yang hilang semasa bersalin serta mengelakkan pucat dan tidak bermaya.


Vitamin B Complex

Vitamin B Complex berfungsi melegakan sistem saraf dan memberikan ketenangan kepada seluruh sistem badan. Mengelakkan stress dan meroyan di kalangan ibu berpantang. Membantu meningkatkan pembentukan sel darah merah. Menukarkan makanan yang diambil kepada tenaga, ibu akan lebih bertenaga serta menghindari kegemukan sebab kalori dari makanan tidak tersimpan dalam badan. Memelihara kulit dan lapisan-lapisan kulit dan menstabilkan penghasilan melanin, hasilnya kulit makin lembut dan cerah. Pengambilan yang konsisten akan mengurangkan tanda regangan kulit – stretch marks.


Vitamin C

Vitamin C mengandungi elemen penyembuhan dan lekatan yang bertindak sebagai pencantum dan penyumbuh luka. Membaik pulih sel dan tisu yang rosak. Meningkatkan imuniti sistem pertahanan badan, faedah ini akan turut mengalir dalam susu badan dan bayi juga akan mendapat manfaatnya. Membantu pembentukan kolagen, menganjalkan kulit. Mengandungi BioFlavonoid yang berfungsi mencantikkan dan mencerahkan kulit, pengambilan secara konsisten dan berterusan akan mengurangkan stretch marks dan parut. Sebiji Vitamin C bersamaan dengan 7 biji buah oren.


ESP - Susu Soya Protein

ESP baik untuk penghasilan susu yang banyak serta tinggi kandungan antibodi. Ibu Berpantang dan Ibu Menyusu digalakkan mengambil ESP. Pengambilannya sangat membantu dalam pemulihan luka luaran dan dalaman. Mencantikkan kulit. Memejalkan otot. Membantu dalam penurunan berat badan. Membantu menambah penghasilan susu ibu. Membekalkan tenaga dan kecergasan badan.


Ostematrix (Kalsium)

Ostematrix adalah kalsium. Bagi ibu yang banyak mengalami luka jahitan bersalin, selalunya berasa takut, fobia atau kurang selesa untuk meneran, terutamanya ketika ingin membuang air besar mahupun air kecil. Pengambilan Ostematrix sangat membantu pergerakan usus bagi menghindari masalah sembelit. Melegakan segala kekejangan otot akibat duduk terlalu lama di kalangan ibu berpantang. Merehatkan otot dan saraf semasa sedang tidur dan ibu akan berasa sangat segar bila bangun pagi. Memenuhi keperluan kalsium untuk tulang, otot dan gigi,mengelakkan kejadian rosak gigi serta kerapuhan tulang. Membantu penghasilan susu ibu yang banyak. Perlu diketahui bahawa Kalsium adalah antara komponen yang penting dalam penghasilan susu ibu.


Alfalfa Complex

Alfalfa Shaklee merupakan tumbuhan yang mengandungi terlalu banyak manfaat kesihatan. Kaya dengan serat, protein, amino asid, klorofil, 15 zat galian, 10 vitamin, 8 enzim dan fitokimia. Alfalfa merupakan herba yang menggalakkan penghasilan susu ibu. Untuk ibu-ibu yang tak tahan panas akibat mengambil jamu, boleh gantikan dengan Alfalfa Complex yang tak memberi kesan panas kepada diri anda dan bayi.


Kesimpulannya, Set Bersalin dan Menyusu Shaklee di akui dapat memenuhi keperluan ibu berpantang dan pada masa yang sama menyusui anak. Zah sendiri dah rasa perbezaan waktu berpantang anak pertama dan anak kedua. 
Masa berpantang anak pertama belum tahu tentang Shaklee. Dah la penat meneran belum hilang, susu badan pula malu-malu nak keluar, tambah pula dengan stress anak kena tahan di wad akibat demam kuning. Memang struggle la masa tu.
Berpantang anak kedua Zah ambil set Shaklee ni, tambah dengan amalan bertungku, mengurut, minum dan mandi air herba. Hasilnya memang superb!

Jimat dan berbaloi sangat-sangat dengan Shaklee. Dari sebelum mengandung, dah mengandung, bersalin, berpantang, selepas berpantang pun boleh teruskan ambil lagi. Just add on supplement mengikut keperluan anda.



5 Tips Hebat Bantu Bayi Anda Dapatkan Lebih Banyak Susu Ibu nurzariff.blogspot.com shaklee

sumber dari google



Ingin dapatkan Set Bersalin & Menyusu Shaklee?
Klik di bawah ni untuk pembelian secara online.





Atau hubungi saya, pengedar sah Shaklee.

Penghantaran produk ke seluruh Malaysia dan juga luar negara
Harga istimewa dan konsultasi percuma akan diberikan apabila membuat pembelian dari saya
Shaklee Independent Distributor [ ID : 890884 ]
Contact No / Whatsapp / WeChat : 0194772103
Emel : nurzariff@gmail.com

Cash on Delivery area : Larkin, Kempas, Majidee, Bandar Baru Uda




Sumber :
bisnesmama.blogspot.com
bellybelly.com.au







Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Bersalin Puteri Sulung

Tips Cepat Sembuh Ketika Demam

Super Like : Buds Organic for baby