10 Tips untuk Kulit Cantik & Sihat
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
* This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.
Assalamualaikum
Hari ni seronok nak kongsikan tips penting untuk kulit cantik & sihat. Perempuan mana tak nak cantik kan? Jom ikuti tips-tips ni.
1. Pilih Sabun Bebas Minyak.
Sabun bebas minyak tidak akan menyebabkan liang muka anda tersumbat atau menyebabkan bintik hitam, jerawat mahupun bintik putih. Pilih produk yang mempunyai label “oil-free”, “nonacnegenic” atau “non-comedogenic”. Cuci muka anda dengan jari-jari anda.
2. Jangan Picit Jerawat Anda!
Jangan picit jerawat dengan tangan anda! Macam-macam bakteria kat tangan tu, bila picit jerawat bakteria merebak & buatkan jerawat merebak ke sekeliling nanti. Sekiranya anda melakukannya ianya bukan sahaja membuat ia bertambah teruk malah ia boleh meninggalkan parut. Cuba tahan apabila anda mula nampak jerawat anda mula tumbuh. Terdapat alat yang boleh anda memicit jerawat tersebut. Itu pun selepas jerawat tersebut sudah masak. Di mana anda boleh lihat jerawat anda kekuningan.
3. Jangan Biarkan Diri Anda Berjemur Dibawah Terik Matahari
Ianya merupakan mitos yang berjemur atau tanning mampu membersihkan muka anda. Secara faktanya sinar UV mampu menyebabkan kulit anda berisiko untuk mendapat kanser, penuaan pramatang dan juga berkedut. Dan juga terdapat produk jerawat seperti retinoid topikal menyebabkan kulit anda menjadi lebih sensitif selepas anda menjemur diri anda.Gunakan pelembab yang mempunyai ‘sun protection factor’ (SPF) 15 ataupun
lebih tinggi yang menyediakan perlindungan meluas daripada sinaran ultraviolet
(UV A) dan juga UV B. Cari produk yang dilabelkan ‘non-comedogenic’ yang tidak menyumbatkan liang kulit.
5. Jangan Sentuh Muka Anda!
Sentuh atau meraba muka anda menyebabkan jerawat anda menjadi lebih teruk. Berpeluh juga sama, pastikan anda membasuh muka anda selepas anda berpeluh.
6. Bersenam dan Minum Air Putih.
Minum air putih lapan gelas sehari dan bersenam secara teratur. Siapa kata anda tidak boleh bersenam setiap hari? Kalau anda merupakan seorang suri rumah, peluang bersenam memang ada. Pastikan semasa mengemas rumah, tutup kipas atau aircond. Biarkan peluh keluar dari tubuh anda. Lakukan aktiviti menyapu, mengemas dan mop lantai sebagai rutin senaman di rumah. Selain anda sihat, rumah pun kemas kan ? Jangan lupa banyakkan minum air kerana tubuh kita memerlukan air yang banyak. Kelancaran darah menjadikan kulit kembali berseri.
7. Cuci muka sebelum tidur.
Biasakan anda tidur dalam keadaan bersih. Cuci muka terlebih dahulu sebelum tidur. Anda juga boleh menggunakan krim malam untuk membaiki tekstur wajah atau melembapkan kulit. Sekali seminggu gunakan pupur wajah. Jangan pula anda tidur dengan pupur wajah masih di muka!
8. Tidur yang cukup.
Tidur lapan jam sehari amat penting. Ianya bertujuan untuk merehatkan badan agar sistem tubuh berjalan dengan baik. Jika anda tidak cukup tidur, anda akan menghadapi masalah jerawat dan tubuh lesu dan tidak bermaya. Selain itu, anda akan mula dikenali sebagai Pandawoman disebabkan wujud lingkaran gelap bawah mata!
Hindari atau kurangkan makanan yang mengandungi lemak dan berminyak. Kamu juga perlu menghindari makanan yang boleh menyebabkan punca kepada masalah jerawat dan berminyak. Contohnya kentang goreng dan minuman soda. Kamu perlu mengenalpasti makanan yang tidak perlu untuk tubuh kamu. Ini disebabkan setiap orang mempunyai keperluan yang berbeza. Kalau rasa kamu makan coklat hari ni, esok timbul jerawat. Hindari dari makan coklat. Banyakkan makan buah dan sayuran. Pilih buah-buahan atau sayur-sayuran yang kaya dengan vitamin yang memang diketahui memberikan kebaikan kepada kulit seperti vitamin A, vitamin C dan vitamin E.
10. Vitamin Shaklee untuk kulit sihat dan cantik.
Disamping mengamalkan tips di atas, jangan lupa ambil supplemen setiap hari ye. Jom tengok macam mana vitamin Shaklee membantu dalam mendapatkan kulit yang cantik.
Shaklee SKINCARE SET terdiri daripada :
B-Complex :
-Menstabilkan hormon & mengurangkan stress yang boleh menganggu kulit dan menyebabkan jerawat!
-B for Beauty! Kekurangan B-complex boleh menyebabkan kulit wajah kusam.
-Bagus untuk kulit berminyak, whiteheads, blackheads, parut dan kulit kering.
Vitamin-C :
-Menguatkan sel-sel tisu dalam badan.
-Membantu memulihkan sel-sel kulit yang luka dan berjerawat.
-Memainkan peranan penting dalam pengeluaran kolagen, yang membantu mencegah penuaan pra-matang. Kolagen adalah sejenis protein yang menyusun tubuh manusia. Kolagen adalah struktur yang terlibat dalam pembinaan tulang, gigi, sendi, otot dan kulit.
Vitamin-E :
-Bertindak sebagai agen anti-penuaan. Pengamalan vitamin E dalam kehidupan seharian menjadikan anda kelihatan awet muda.
-Menghilangkan parut jerawat. Jadi kulit tampak lebih cantik, mulus dan berseri.
-Membantu penyerapan oksigen dengan lebih baik.
-Mencantikkan kulit dan menampakkan wajah lebih muda dari usia sebenar.
ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP) :
-Mengandungi 9 jenis asid amino penting yg tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Hanya boleh diperolehi daripada makanan bagi pembentukkan sel2 kulit.
-Sel kulit muka kita akan digantikan setiap 21 hari, jadi pengambilan protein yg berkualiti tinggi seperti ESP penting untuk memperbaharui sel-sel kulit dan menyingkirkan sel-sel kulit mati.
Mana nak dapatkan set kulit cantik Shaklee ni? Contact saya ye.
Saya adalah pengedar sah Shaklee
Penghantaran produk ke seluruh Malaysia dan juga luar negara
Konsultasi percuma akan diberikan apabila membuat pembelian dari saya
Shaklee Independent Distributor [ ID : 890884 ]
Contact No / Whatsapp / WeChat : 0194772103
Emel : nurzariff@gmail.com
Comments
Post a Comment