Aidiladha : Erti Sebuah Pengorbanan

Assalamualaikum...


Alhamdulillah dapat bertemu lagi dengan hari kebesaran ini, kali ni lebih bermakna dan Zah lebih memahami erti sebuah pengorbanan.

Sebelum Zah bercerita panjang lebar, jom kita imbas kembali sejarah hari raya Aidiladha ni.


Selalunya apabila dikatakan tentang Aidiladha, mesti ia sinonim dengan peristiwa Nabi Ibrahim a.s. dan juga anaknya Nabi Ismail a.s. Tetapi sebenarnya ia lebih daripada itu, kerana Aidiladha ini merupakan gambaran simbol kasih sayang yang kukuh antara seorang Nabi kepada Tuhannya, seorang ayah kepada anaknya, seorang suami kepada isterinya dan juga seorang ibu kepada anaknya.

Peristiwa yang pertama kita dapat lihat adalah apabila Nabi Ibrahim a.s. diperintahkan oleh Allah S.W.T agar meninggalkan isterinya Siti Hajar dan anaknya Nabi Ismail a.s. di padang pasir yang tandus. Dan dari situ Siti Hajar terpaksa berlari dari gunung Safa ke Marwah untuk mendapatkan bekalan air untuk anaknya Ismail yang kehausan, dan dengan mukjizat daripada Allah, akhirnya Nabi Ismail a.s. menghentakkan kakinya ke tanah dan terhasilnya air zam-zam. Padang pasir yang tandus itu juga telah menjadi tumpuan buat umat Islam zaman sekarang untuk menunaikan haji yakni Makkatul Mukarramah atau nama dahulunya Bakkah.

Peristiwa kedua ni pulak sudah biasa kita dengar, tetapi ia amat penting dalam sejarah kerana bermulanya ibadah korban bagi umat Islam, yakni ujian Allah kepada Nabi Ibrahim a.s. kepada agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Tanpa ragu-ragu lagi Nabi Ibrahim menyahut seruan Allah walaupun masyarakat pada waktu itu mengatakan bahawa baginda gila. Dengan rahmat Allah yang Maha Kuasa, maka akhirnya Allah gantikan anaknya dengan kibash untuk dijadikan sembelihan. Ya Allah, kalau aku yang diberi ujian sebegitu pun aku tak sanggup melakukannya. Sungguhlah benar bahawa Allah tahu setiap perkara yang dilakukanNya.

Nabi Ismail a.s. berkata: "Hai bapaku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu, insya-Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar.'' (Ash-Shafaat:102)

Kita perlu tahu dan sedar bahawa erti sebuah pengorbanan pada hari Aidiladha bukanlah hanya sekadar sembelih lembu ataupun dapat mengerjakan haji di Baitullah sahaja. Banyak lagi yang kita dapat ambil iktibar lebih-lebih lagi daripada peristiwa yang diceritakan sebentar tadi. Dalam setiap pengorbanan itu perlulah ada usaha, doa dan tawakal. Dalam setiap pengorbanan itu memerlukan kecekalan dari segi mental dan fizikal. Dan dalam setiap pengorbanan itu juga tiada kenal erti putus asa dalam kamus hidupnya. Apabila kita melakukan suatu pengorbanan tidak kiralah untuk diri sendiri, keluarga, ataupun sesiapa sahaja, kita haruslah terima segala keputusannya dengan tabah.

Pengertian sambutan Aidiladha ini adalah lebih bermakna daripada sambutan Aidilfitri. Tetapi yang kita selalu nampak kita terlalu ghairah dalam persiapan sambutan Aidilfitri tetapi untuk Aidiladha nih buat rilek rilek je, macam tak ada apa-apa yang berlaku langsung.


Kita sebenarnya tersilap kerana melebihkan Aidilfitri daripada Aidiladha. Cuba kita lihat perbandingannya:

Pertama: Kita dituntut bertakbir membesarkan Allah hanya dalam lingkungan 12-14 jam sahaja pada hari Raya Aidilfitri sedangkan tempoh takbir Hari Raya Korban ialah 4 hari lamanya.

Kedua: Kita diharamkan berpuasa 1 hari sahaja (1 Syawal) pada Aidilfiri tetapi kita diharamkan berpuasa selama 4 hari lamanya (10 Zulhijjah dan 3 Hari Tasyriq iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah) pada hari raya Korban.


“Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah s.w.t. pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah s.w.t. sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan.” (Hadis riwayat At-Tirmizi)




Alhamdulillah...dengan aturan hidup Zah yang Allah dah tentukan, sejak dari kecil sehinggalah bergelar ibu, Zah dapat memahami erti pengorbanan yang sebenar sedikit demi sedikit.

Pengorbanan abah dan mama sejak dari kecil membesarkan Zah memang tak terbalas dengan wang ringgit atau apa jua harta yang ada di muka bumi ni. Hanya doa yang mampu di pohon kepada Allah s.w.t setiap kali selepas solat, agar Allah merahmati & memberkati kedua insan istimewa ini di dunia & di akhirat kelak. InsyaAllah...

Selepas berkahwin Zah terus ikut suami berpindah ke Johor Bahru. Zah tinggalkan kerja sebagai Engineer di Kulim, tinggalkan keselesaan duduk dekat dengan family di Kedah, tinggalkan gaji 4 angka setiap bulan, semua tu demi suamiku Ariff Safwan bin Radzi. Dan Zah sikit pun tak menyesal! Walaupun macam-macam pujuk rayu oleh boss, dari supervisor sampaila ke boss besar, malah tawaran naikkan gaji pun diaorang offer, langsung tak termakan. Zah dah nekad! Tempat seorang isteri adalah di sisi suami...biarlah aku BERKORBAN. Nanti Allah akan gantikan apa yang aku hilang ni dengan yang lebih baik. InsyaAllah...

Lepas bersalin, memang plan nak cari kerja. Waktu tu mindset Zah is "aku hanya akan dapat duit bila aku kerja makan gaji".. Thats it! Pulunlah pi apply kerja sana sini...hahaa...

Tapi naluri dan kehendak sejak bergelar ibu ni asyik nak berkepit dengan anak ja. Nak tengok anak membesar depan mata. Kalau boleh tak nak miss satu saat pun. Perasaan bila tengok anak membesar depan mata is priceless. Tak mungkin dapat di ulang. I don't want to regret it later. Pergi kerja pagi balik petang. Tengok2 anak dah besar. How time flies...and masa tu nak menyesal dah terlambat. 

Suami dan keluarga memang push Zah untuk cari kerja tapi entahla...Zah dah tak da hati nak bekerja makan gaji. Semuanya sebab anak. Certain orang yang tak faham akan cakap "Eleh, bukan kau sorang je, orang lain pun macam tu jugak. Terpaksa hantar anak ke nursery sebab mak bapak kerja"... "Tu lah, mengaji tinggi-tinggi sampai ke universiti, last last jadi surirumah je! Ruginyaaa"...

Macam-macam lagi ayat mengguris hati...tak perlu nak tempek semua kat sini. Buat semak blog I jerr...

Well, actually I don't care of what other people think AT ALL !!! 
Biarlah orang nak kata apa pun as long as I'm always by my daughter's side. Biarlah saya BERKORBAN demi anugerah Allah yang tak ternilai ini.

Syukur alhamdulillah, suami memahami kehendak Zah. Buat masa sekarang, dia sahaja yang keluar mencari rezeki. Semoga Allah kurniakan abang rezeki yang berkat, melimpah ruah dan tak putus-putus ye :)

While me, stuck at home raising up my lovely daughter Nur Alya Zahra, but still Zah dapat generate income thru online business Shaklee dan Hai O.. *clap clap*

Syukur alhamdulillah Allah makbulkan doa Zah, Allah tunjukkan jalan untuk Zah mencari rezeki yang halal but at the same time dapat besarkan anak dengan tangan sendiri.

No 8-5 working hours, no stuck in traffic jam, anak sakit ke boleh jaga sendiri, and best part is boleh cuti sesuka hati, heheheee...Kesian suami kena tinggal sorang-sorang everytime Zah balik kampung bercuti, hihiii...
Biasalah...adat orang makan gaji, nak cuti kena apply dulu, dah approve baru boleh proceed cuti kan.

I can do my business anywhere, anytime. All I need are my smart phone and internet or wifi connection and I'm good to go!

InsyaAllah more to come...

Usaha, doa & tawakal...itu yang Zah pegang selama ini.

Trust yourself & trust Him, Allah the Almighty...






Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Bersalin Puteri Sulung

Tips Cepat Sembuh Ketika Demam

Super Like : Buds Organic for baby