Kesan dan Akibat Stress

Stress atau tekanan adalah tindakbalas fizikal, emosi dan mental terhadap sesuatu perubahan yang dialami. Stress merangkumi tekanan, beban, keletihan, ketegangan, konflik, panik, perasaan gemuruh, kebimbangan, kemurungan (depresi), tidak bermaya dan hilang daya cita.




Secara amnya, stress (tekanan) boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu stress akut (jangka pendek) dan stres kronik (jangka panjang).

Stress akut (stress jangka pendek) ialah tindak balas spontan badan terhadap apa-apa keadaan yang mencabar, menakutkan atau bahaya. Tahap stress ini pula bergantung kepada beberapa faktor seperti keterukan stress tersebut, tempoh stress yang dialami, dan cara individu menangani stress tersebut.

Stress jangka pendek ini boleh sembuh dengan segera sekiranya faktor penyebab kepada stress tersebut dapat ditangani dengan baik. Stress jenis ini selalunya menunjukkan tanda-tanda masalah sakit jantung atau denyutan jantung tak normal.

Stress kronik (stress jangka panjang) ini selalunya dialami oleh orang yang stress berpanjangan atau dalam tempoh yang lama. Stress seperti ini disebabkan masalah penyakit kronik atau masalah yang berpanjangan sehingga menyebabkan sakit jantung yang dihidapi bertambah teruk.

Apakah akibat atau kesan stress kepada tubuh badan, mental dan minda seseorang?

Kesan stress jangka pendek terhadap badan ditunjukkan melalui tanda-tanda berikut, di antaranya:

* Denyutan jantung yang cepat
* Sakit kepala/migrain
* Rasa tegang atau ketat di tengkuk dan bahu
* Sakit belakang
* Bernafas cepat
* Badan dan tapak tangan berpeluh
* Sakit perut, mual atau cirit birit

Jika dibiarkan stress tanpa ditangani dan dirawat dengan baik, ia boleh memberi kesan lebih besar dan mempengaruhi sistem badan, termasuklah:

1. Sistem imun

Stress menyebabkan badan menjadi lemah dan mudah mendapat serangan penyakit. Namun begitu, sedikit stress ada kalanya memberi faedah kerana ia dapat melonjakkan sistem imun bagi melawan jangkitan penyakit. Stress yang berpanjangan pula akan memperlahankan penyembuhan seperti luka, dan lain-lain serta menyebabkan penyakit kulit (eczema) bertambah teruk.

2. Jantung (Kardio-vaskular)

Stress berkait rapat dengan tekanan darah tinggi, denyutan jantung tak normal (arrhythmin), masalah darah beku, arteri mengeras (atherosclerosis), penyakit arteri koronari, serangan sakit jantung, dan jantung gagal berfungsi.

Bagi stress akut, berjalan sedikitpun boleh menyebabkan denyutan jantung bertambah cepat dan tekanan darah pun naik. Stress kronik boleh menyebabkan arteri menjadi sempit, paras kolesterol meningkat, juga meningkatkan risiko penyakit jantung, serangan sakit jantung atau strok.

3. Otot

Ketegangan stress yang berterusan akan merebak ke tengkuk, bahu dan sakit belakang bawah. Otot terasa cekang atau tegang di tengkuk yang boleh menyebabkan sakit kepala, di bahu dan di belakang. Stress juga akan menyebabkan sakit rheumatoid arthritis bertambah teruk.

4. Sistem penghadaman

Stress menyebabkan penyakit berkaitan perut yang sedia ada akan bertambah teruk. Stress juga akan menyebabkan mulut kering, makanan tidak hadam, mual, perut berangin, cirit-birit atau sembelit.

5. Organ pembiakan

Stress boleh memanjangkan atau memendekkan kitar haid atau mengalami senggugut semasa haid. Stress juga dikaitkan dengan kurang subur (fertiliti rendah), masalah lemah tenaga batin, masalah semasa hamil, dan lain-lain yang berkaitan. Wanita hamil yang mengalami stress yang tinggi boleh menyebabkan anak yang bakal dilahirkan berisiko mendapat asthma atau alergi.

6. Sistem pernafasan

Stress akan menunjukkan simptom asthma dan masalah paru-paru yang lain. Semasa stress, seseorang itu akan bernafas cepat sehingga terasa sesak nafas. Jika berterusan, ia boleh menyebabkan paru-paru mudah mendapat penyakit berjangkit.

7. Sistem saraf

Apabila stress, saraf simpatetik otak memberi isyarat kepada kelenjar adrenal supaya merembeskan hormon-hormon, termasuklah hormon epinefrin. Jika pengeluaran hormon ini sentiasa pada paras yang tinggi, ia boleh memberi kesan kepada ingatan dan keupayaan belajar, serta menyebabkan kemurungan (depresi).

8. Sistem endokrina

Hormon stress akan menggalakkan hati (hepa) menghasilkan lebih banyak gula dalam darah. Jika berterusan, akhirnya seseorang itu berisiko mendapat penyakit diabetes Type-2.

9. Kulit

Stress menyebabkan jerawat tumbuh atau jerawat dan kurap yang sedia ada menjadi semakin teruk.

Di antara kesan stress ke atas fikiran (mental) dan emosi ialah:

1. Emosi menjadi tidak stabil dan tidak mampu menyelesaikan masalah, walaupun masalah yang kecil saja.

2. Rasa kecewa, cepat naik darah dan baran sehingga ke tahap menjerit-jerit.

3. Rasa letih sepanjang masa.

4. Sukar fokus terhadap kerja yang dilakukan.

5. Mudah dan terlalu risau walaupun perkara-perkara kecil.

6. Rasa cemas kerana terasa-rasa ada kerja yang belum sempat diselesaikan.

7. Sering berimaginasi perkara-perkara buruk akan berlaku.



sumber : ritz.my

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Bersalin Puteri Sulung

Tips Cepat Sembuh Ketika Demam

Super Like : Buds Organic for baby