Family Vacation @ Limastiga, Melaka

Assalamualaikum


Happiness is ....
when you go for a family vacation! 

After 4 months, baru dapat up entry pasal this year's family vacation, huhu...
Tahun ni kami pergi bercuti ke tempat yang berbeza sedikit.
Dah boring asyik bercuti kat tempat yang lebih kurang sama je..
Asal family vacation je fikir pantai...
Asal pantai je family vacation...ehh.hahaa




Welcome to Limastiga bebeh!




First thing firsts, check out the view...wewitt!




Untuk pengetahuan semua, ini adalah private villa khas untuk Muslim sahaja. Ada 3 rumah di sini. Rumah SATU ada dua bilik, living room dan dapur sendiri. Rumah DUA ada satu bilik tingkat atas, and rumah TIGA ada 3 bilik dan ruang menonton tv di luar. Semua bilik-bilik ni memang spacious, each room ada 2 katil saiz queen. So, memang sesuai la untuk family yang anak berderet tuh. hihiii...


* pic credit to limastiga.blogspot


Kat sini ada di sediakan servis makanan untuk pagi, tengahari dan petang. Tapi kami tak ambil pun, sebab ramai otai-otai memasak dalam family ni. Lagipun ramai kaki makan, and nak lebih puas hati, so the whole 3 days 2 nights stay memang masak sendiri je. Perkakas dapur korang tak payah risau. Dari sekecil kecil sudu hingga sebesar besar periuk belanga, semuaaa adaa... blender, food processor, pressure cooker, microwave, you name it...semuanya sudah tersedia. Cuma kena cari bahan mentah untuk menu kegemaran masing-masing lah ye. 






Aktiviti yang korang boleh buat di sini ialah berendam dalam kolam sampai kecut, karaoke sampai lebam (RM40 sejam), bbq, makan, tidur, makan, tidur, hahahaaa...

Okay, tak larat nak taip panjang panjang. Tengok jela FB Limastiga yek.

FYI, kami booking villa ni Disember last year (2014). Almost 6 months before the vacation date. My advice untuk yang nak bercuti ke sini, sila plan dan book tarikh awal-awal ye. Boleh check tarikh yang masih available untuk booking di blog www.limastiga.blogspot.my




Definitely will come again, insyaAllah...



Comments

Popular posts from this blog

Tips Cepat Sembuh Ketika Demam

Pengalaman Bersalin Puteri Sulung

Super Like : Buds Organic for baby