Tips Mudah untuk Menarik Rezeki

Berdoa setiap kali selesai solat, sudah. Bekerja keras dan lebih masa juga sudah. Malah berniaga secara kecil-kecilan untuk menambahkan pendapatan juga sudah. Apa sahaja dah dilakukan asalkan hidup tidak susah dan rezeki bertambah, tetapi hasilnya tetap begitu juga. Masih juga susah malah sering tidak cukup duit. Dapat gaji duit habis macam tu ja.



Rezeki selalu tersekat. Dimanakah silapnya? 
Daripada terus menyalahkan orang lain, jom kita muhasabah diri masing-masing dulu.
.
💟 Lupa tanggungjawab pada IBU & BAPA. Bagi yang dah berkahwin, mengabaikan tanggungjawab pada SUAMI atau ISTERI
💟 Kedekut nak BERSEDEKAH
💟 Suka komplen SEMUA ORANG TAK BETUL!
💟 Bergaduh dengan ADIK BERADIK, putuskan SILATURRAHIM
💟 PENGOTOR, kotor hati, kotor akal, cakap kotor, kotor fizikal
💟 Kurang BERISTIGHFAR
💟 Tidak BERSYUKUR 
💟 Solat ALA KADAR, Berdoa ALA KADAR
💟 MALAS, suka buang masa
💟 Tak sabar, cepat melenting dan marah
💟 Susah nak SENYUM
.
Ada ciri-ciri di atas ni? Berubahlah agar jadi lebih baik. Mulakan dengan amalan-amalan menjemput rezeki ni.
.
💛 Memperbanyakkan beristighfar
💛 Ibadah kepada Allah tidak ditinggalkan
💛 Hindari dosa
💛 Berbuat baik dan sentiasa mendoakan ibu bapa, suami/isteri dan anak-anak
💛 Amalan doa murah rezeki setiap hari
💛 Banyakkan bersedekah
💛 Membantu mereka yang memerlukan
💛 Memudahkan urusan orang lain atau menunaikan hajat mereka
💛 Mengeratkan silaturrahim sesama manusia
💛 Muliakan tetamu yang bertandang
💛 Solat Dhuha

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Bersalin Puteri Sulung

Tips Cepat Sembuh Ketika Demam

Super Like : Buds Organic for baby