My Milk Booster

Assalamualaikum...


Yeahhh...topik paling Zah suka sekarang ni. Sharing tentang my own milk boosters. Almaklum, ibu menyusu perlu sentiasa happy happy baru susu keluar dengan lancar ye dok. So, i need motivation & perangsang untuk sentiasa fikir yang baik-baik & positif.

1. Anak-anak. 
They are my number one milk booster. Kadang-kadang kurang sabar dengan perangai depa ni especially si kakak. Tapi hakikatnya itulah my entertainment everyday. Kalau ada rasa rimas, boleh sesak nafas, kalau takda rasa sunyi, asyik teringat, kosong je hidup ni. Heheee..


My Milk Booster

My Milk Booster

My Milk Booster


2. Doa & mindset.
Bila dah ada anak tu mesti kita nak yang terbaik kan. Doa adalah senjata kita. Mintaklah yang terbaik untuk anak-anak. Be specific bila berdoa. 

"Ya Allah, perbanyakkanlah susu badanku sampai melimpah ruah, supaya ia cukup dan mengenyangkan anakku. Permudahkan urusanku untuk menyusukan anakku dengan air susu ibu sepenuhnya sehingga anakku berumur 2 tahun seperti yang telah Engkau syariatkan. Amin"



Amalanku setiap kali selepas solat.


Mindset pun kena betul. Kalau hari-hari berdoa tapi mindset lari jauh asyik fikir susu kurang tak cukup pun tak guna jugak, takkan tercapai impian kita nak menyusu anak sehingga 2 tahun.
Bangun pagi cakap kat diri sendiri & set dalam kepala otak... "Susu badan aku banyak hari ni, macam air sungai yang mengalir, boleh buat stok sampai penuh freezer youuu". :D
Allah mengikut sangkaan hamba-hambaNya. So, sangkalah & fikirlah yang baik-baik saja.

3. Air putih 3L setiap hari sejak hari pertama berpantang. 
Orang tua-tua kata tak elok minum air banyak masa berpantang. Nanti urat kembang lah, perut buncit lah & so on. For me, tak perlu lah ikut sangat ye. Zah memang jenis minum banyak air. Kalau kurang air nanti kepala rasa pening-pening. After all nak susu banyak kan? Susu kan cecair. Kalau kurang air dalam badan cemana susu nak terhasil.




My Milk Booster

4. Vitalea, Vitamin C, B-complex & Ostematrix from Shaklee.
Ini sangat membantu sebab badan Zah perlukan cukup nutrient untuk salurkan kepada baby. Bukan bermaksud ambil supplement ni tak perlu dah makan sayur buah segala bagai. Zah masih makan sayur-sayur & ambil buah-buahan untuk elak sembelit. 





5. Bayam. 
Mula-mula tak perasan. Lepas makan sayur bayam goreng Zah pump susu badan then tengok susu lagi banyak dari biasa. Ohohooo...ibu happy! 




My Milk Booster

6. Halba.
Yang ni start berpantang dah amal. Alhamdulillah, so far yang ni paling power Zah rasa. Setengah jam lepas minum, cik B dah rasa berdenyut-denyut. Plus boleh buang angin dalam badan ibu. Baby pun kurang la colic bila mak minum air rebusan halba nih.


Sebenarnya milk booster ni ikut badan masing-masing. So, rerajinkanlah diri tu try macam-macam ye. Tak rugi pun, dapat pahala lagi adala. Tu ikhtiar kita seboleh-bolehnya nak cuba susukan anak dengan susu ibu sepenuhnya. InsyaAllah...niat baik Allah akan mudahkan.




Siapa nak dapatkan set menyusu Shaklee tu boleh hubungi Zah ye.
#sayajual





Comments

  1. Thanks for sharing, nice post! Post really provice useful information!

    Giaonhan247 chuyên dịch vụ vận chuyển hàng đi mỹ cũng như dịch vụ ship hàng mỹ từ dịch vụ nhận mua hộ hàng mỹ từ trang ebay vn cùng với dịch vụ mua hàng amazon về VN uy tín, giá rẻ.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Bersalin Puteri Sulung

Tips Cepat Sembuh Ketika Demam

Super Like : Buds Organic for baby