Vitamin untuk Kulit Cantik Pilihan Saya

Assalamualaikum

Terima kasih kepada pembaca blog ni. Zah doakan anda semua dilimpahi rahmat dan diluaskan rezeki seluas-luasnya oleh Allah swt.

Ada orang tanya Zah, "Muka ni pakai produk apa? Kulit nampak elok licin takda jerawat-jerawat halus pun".

Me was like feeling kembang semangkuk, haha... 
Senang cerita, muka Zah ni takda la putih melepak macam Emma Maembong. Warna kulit ala-ala Beyonce je tapi cerah sikit dari dia. Hehee..

Apa rahsianya? Haa.. Ini bukan sebarang testimoni, ni testimoni diri sendiri taw. Sejak amalkan vitamin C Shaklee, alhamdulillah muka Zah susah nak tumbuh jerawat even bila datang period ke, terlupa cuci muka 2 hari ke, hormon ke laut pun kulit muka still okay, to me lah. 

But one thing for sure, memang dari dulu lagi Zah bukan jenis beriya nak kulit putih. Cukuplah sekadar kulit muka nampak bersih, licin, bebas jerawat. Alhamdulillah...pinjaman dari Allah.

Bila konsisten ambil vitamin C setiap hari, kesannya sangat woww..memang nampak ketara perbezaan kulit muka ni. Suami pun tegur, muka nampak glowing gituu...Yelah, nak cantik untuk suami jugak kan.

Nak keluar rumah pun senang tak perlu dah pakai foundation. Tempek je bedak nipis, calit gincu sikit, capp cuss dah siap.
Suami pulak yang terkejut "Eh, dah siap! alamak abang belum lagi.."
Haa..kan. Dulu suami berleter tunggu lama isteri nak siap bersolek berdandan bagai. Sekarang, nahh..suami pulak yang lambat siap.

Back to the topic, apa vitamin C Shaklee ni? 




Ini dia vitamin C Shaklee... 


Vitamin C Shaklee dikenali dengan nama Sustained Release Vita-C Plus.
Pernah out of stock satu Malaysia selama lebih kurang setahun, memang di akui produk ni sangat hot, terlaris macam pisang goreng dan sangat berkesan.

Kelebihan utama vitamin C Shaklee adalah ianya sudah diformulasi dalam bentuk ‘sustained release’. Ini bermaksud kandungan vitamin C di dalam tablet ini ini akan dilepaskan ke dalam badan secara berperingkat-peringkat. Ini kerana vitamin C merupakan vitamin larut air. Jika terdapat lebihan vitamin C dalam satu-satu masa, badan kita akan bertindak untuk mengeluarkan lebihan ini melalui air kencing. Jadi, dengan formulasi ‘sustained release’ ini, kandungan vitamin C dalam badan dapat dikekalkan secara berterusan.



Selain itu, satu biji Vita-C ini juga mampu membekalkan khasiat yang sama seperti memakan 7 biji buah oren beserta dengan kulitnya. Sudah pasti kita tidak mampu untuk memakan buah limau sebanyak ini setiap hari, kan? Vitamin C Shaklee juga mengandungi bioflavonoids untuk meningkatkan keberkesan vitamin C itu sendiri.

Kenapa kita perlu ambil vitamin C?

  1. Tubuh kita tidak dapat menghasilkan vitamin C dengan sendiri.
  2. Tubuh kita akan kehilangan vitamin C  semasa melakukan aktiviti harian.
  3. Vitamin C dalam badan akan menyusut apabila kita berada dalam keadaan tertekan (stress).
  4. Bagi perokok, kandungan vitamin C dalam mereka sangat terjejas kerana 1 batang rokok mampu memusnahkan 50-100mg vitamin C dalam badan.
  5. Pil perancang dan ubat tahan sakit juga mengurangkan kandungan vitamin C dalam badan.

Manfaat vitamin C

Membentuk Kolagen
- Merangsang pembentukan kolagen. Kolagen ialah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan.


Memperbaiki Simptom Pendarahan
- Kekurangan Vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam dikulit, lambat pulih dari kecederaan, kulit kering, ruam dan kulit kasar.


Peningkatan Sistem Imun 
- Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun.

- Meningkatkan pemulihan alergi hidung, kulit dan asthma, juga mengurangkan simptom selsema.


Memerangi kanser 

- Ia satu-satunya anti-oksidan yang berkuasa dan mampu meningkatkan inteferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh dengan berkesan.


Mencantikkan Kulit 

- Pengambilan Vitamin C setiap hari akan membantu anda dapatkan kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukkan pigmentasi. Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat.


Memperbaiki Insomnia 

- Memperbaiki insomnia, stress dan masalah mental seperti keresahan.


Mengekalkan kolestrol sihat 

- Mampu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghalang pendarahan dalam hidung, pendarahan serebral dan skurvi.



Ingin dapatkan produk ni sekarang? Klik di bawah untuk pembelian secara online.





Atau hubungi saya :





sumber:
http://mahligaicinta.com/
http://rindubertaut.blogspot.com/





Comments

Popular posts from this blog

Tips Cepat Sembuh Ketika Demam

Pengalaman Bersalin Puteri Sulung

Super Like : Buds Organic for baby