Kelihatan Tua Sebelum Usia??

Assalamualaikum

Sehari dua ni kecoh pasal cerita suami berhubungan sulit dengan janda sebab isteri dah tak cantik, comot, busuk, serabut dan seangkatan dengannya.
Zah tak nak ulas panjang sebab nanti naik darah ibu menyusu nih, boleh bikin panas, bikin stress je kan. Buang masa dan tenaga serta aura positif gitu. No no noo...
Cuma satu je nak cakap buat lelaki bergelar suami di luar sana, termasukla abiang keshayangan ai, yang berbahagia Ariff Safwan...



Jika diriku sanggup dimadukan, dirimu juga mesti sanggup diracun...

Muahahaaaa.....
*insert kapak here*


Buat suami isteri di luar sana, istilah "faham-faham jelah" dah tak relevan zaman sekarang ni. Kalau tak puas hati jangan pendam, cakap je straight to the point. Kadangkala pedih mengguris hati tapi komunikasi amatlah penting dalam menyemarakkan kasih sayang dalam rumah tangga. Cewahh..feeling pakar motivasi gitu...

Kalau isteri berbau busuk, belikan perfume untuk isteri pakai di rumah hari-hari. Isteri kalau dapat sample perfume hadiah dari suami pun dah cukup gembira. Percayalah. Jangan berkira, jangan kedekut. Kan Nabi Muhammad cakap sedekah untuk ahli keluarga itu lebih baik dan lebih berkat :)

Ok sudah sudahlah membebel wahai Zah. Haaa...kan dah terbebel panjang ni.

Back to the topic, actually nak bebel pasal Collagen Powder dari Shaklee. Untuk suami-suami yang nak kulit isteri gebu gebas licin sedap mata memandang je kan, bolehla belikan kolagen ni. Atau untuk si isteri yang nak jaga kulit tak mahu kelihatan tua sebelum usia, bolehla invest $$$ sikit untuk produk ni. Jangan tunggu 'eye bag' muncul, jangan tunggu kulit dah kusam dan muncul garis-garis halus kat muka baru nak bertindak ye. 


nurzariff.blogspot.com shaklee collagen powder Kelihatan Tua Sebelum Usia??

Tanda-tanda badan kehilangan kolagen



Sebab apa Zah syorkan produk ni? Sebab ia adalah kolagen paling power Zah pernah jumpa. Tak sampai satu kotak guna dah nampak hasilnya taw. Power tak power kan?
Kenapa Shaklee Collagen Powder begitu ohsem? Jom kita baca di bawah.


3 Fakta Menarik tentang Shaklee Collagen Powder


1. Shaklee Collagen Powder adalah kolagen yang dihasilkan dari ekstrak sisik ikan merah yang terdapat pada lautan dalam sekitar 5000m bawah laut.

nurzariff.blogspot.com shaklee collagen powder Kelihatan Tua Sebelum Usia??


Kenapa pilih ikan laut dalam?

Kerana laut dalam bebas dari pencemaran kimia. Ikan-ikan di laut dalam juga tidak terdedah dengan pencemaran kimia. Maka, kolagen yang terhasil adalah selamat dan tiada kesan sampingan.

Kenapa pilih ikan merah?

Ikan merah ialah ikan yang tahan lasak. Ia mampu menahan tekanan yang sangat tinggi kerana hidup di persekitan laut dalam. 


2. Shaklee Collagen Powder dihasilkan melalui proses pemecahan molekul (hidrolisis) secara semulajadi.


nurzariff.blogspot.com shaklee collagen powder Kelihatan Tua Sebelum Usia??


Kenapa proses hidrolisis?

Proses hidrolisis adalah suatu proses yang rumit dan memerlukan kos yang tinggi. Kebanyakan pengeluar kolagen menggunakan bahan kimia sebagai alternatif kepada proses hidrolisis. Bahan kimia seperti asid hidroklorik, pemanasan secara kimia dan bahan kimia yang lain di gunakan untuk menghasilkan produk kolagen. 

Kolagen yang diproses menggunakan bahan kimia mempunyai banyak keburukan dan kesan sampingan yang negatif. Kemungkinan kolagen tersebut sudah hilang khasiat dan tidak berkualiti lagi amat tinggi. Ia juga mungkin mengandungi sisa bahan kimia yang tidak diproses dengan sempurna.

Oleh kerana tubuh manusia hanya dapat menyerap molekul bersaiz kecil, Shaklee memilih proses hidrolisis kerana proses ini menghasilkan molekul kolagen yang ringan dan berkualiti tinggi. Melalui proses pemecahan molekul secara hidrolisis, enzim proteolytic digunakan. Proses pemecahan dibuat secara berasingan sekurang-kurangya 8 kali. Semakin kerap melalui proses pemecahan molekul, makan semakin kecil dan ringan saiz molekul itu. 


3. Shaklee Collagen Powder adalah kolagen yang mudah diserap oleh tubuh.


nurzariff.blogspot.com shaklee collagen powder Kelihatan Tua Sebelum Usia??


Berat molekul Shaklee Collagen Powder hanya 1000 Dalton sahaja. Berat molekul yang digunakan adalah Dalton dan bukannya mg. Penting untuk anda tahu berat dan saiz molekul kolagen yang akan diambil. Saiz molekul Shaklee Collagen Powder adalah sangat kecil dan ringan. Ia menjadikan kolagen itu sangat mudah di serap oleh tubuh dan mendapatkan kesan paling optimum.

Pengambilan kolagen yang bermolekul tinggi sangat bahaya kerana ia tidak akan diserap oleh tubuh dan akan kekal di dalam salur darah. Ia akan memberikan kesan negatif dalam jangka masa yang panjang.

Oleh itu, buat kajian dulu sebelum anda mencuba sesuatu produk kolagen. Salah langkah, diri sendiri yang merana nanti. 

Harga sekotak RM298, ada 15 sachets.


nurzariff.blogspot.com shaklee collagen powder Kelihatan Tua Sebelum Usia??

Siapa tak kembang bila husband sendiri puji, asyik pandang muka kita je kan? 


nurzariff.blogspot.com shaklee collagen powder Kelihatan Tua Sebelum Usia??

Haa..ni namanya ciwi. Asyik nak sentuh pipi sendiri ja. Hehee...



Ingin membeli secara online? (credit card/debit card)
Klik ikon di bawah ni.
Penghantaran ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak.



Atau hubungi saya untuk pertanyaan lanjut.

nurzariff.blogspot.com pengedar shaklee johor bahru malaysia


*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.


sumber rujukan : www.mamadhia-vitashop.blogspot.com


Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Bersalin Puteri Sulung

Tips Cepat Sembuh Ketika Demam

Super Like : Buds Organic for baby