9 Cara Mudah Elak dari Dijangkiti Virus Zika

Assalamualaikum...

A few days ago gempar lah satu negara bila pak menteri kesihatan umumkan kes pertama Zika di Malaysia. Pesakit ini adalah ibu kepada salah seorang penghidap virus Zika di Singapura. Dia dipercayai dijangkiti virus itu selepas pulang dari melawat anaknya di negara tersebut. Pesakit mula mengalami tanda-tanda Zika pada hari yang sama anaknya mula sakit di Singapura. Mudah & cepat sangat kan virus ni merebak..

Secara umumnya, virus Zika tidak banyak berbeza dengan denggi, di mana kedua-duanya berpunca daripada gigitan nyamuk Aedes. Namun apa yang membahayakan adalah kerana tiada vaksin atau ubat yang spesifik untuk merawatnya. 


SIMPTOM-SIMPTOM VIRUS ZIKA




Jika anda tidak mengalami sebarang gejala di atas, anda sebenarnya belum selamat. Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, tiada simptom khas bagi mengenal virus Zika. 

Ini kerana, terdapat juga pembawa virus Zika yang tidak menyedari mempunyai virus ini di dalam badan. Memang amat merbahaya lah kan. Yelah, dah rasa diri sihat buat apa nak pergi klinik atau hospital untuk dapatkan rawatan kan. Kalau demam sikit pun paling kurang telan Panadol. Esoknya dah tak demam, kembali rasa sihat. Akhirnya, golongan ini telah menyebarkan virus tanpa sedar. 

Sehubungan dengan itu, jika anda mengalami salah satu tanda-tanda di atas, sila dapatkan rawatan SEGERA di klinik atau hospital berdekatan. 


BAHAYA VIRUS ZIKA KEPADA IBU MENGANDUNG

Wanita hamil perlu berjaga-jaga dan mengambil langkah pencegahan sebaik mungkin kerana tidak mustahil wabak ini menular dengan pantas di negara kita. Wanita mengandung yang dijangkiti virus Zika berisiko melahirkan bayi dengan kepala kecil yang dikenali sebagai microcephaly dan kecacatan otak. 




Microcephaly, iaitu keadaan saiz otak yang lebih kecil dari kebiasaan. Bayi yang menghidapi microcephaly, dikaitkan dengan pelbagai masalah ketika membesar kelak. Antaranya seperti masalah sawan, dwarfism (kerdil), kegagalan untuk bertutur atau melakukan aktiviti-aktiviti seperti memegang, berjalan dan sebagainya. 

1. Memakai pakaian menutup tubuh.

Kenakan pakaian berlengan panjang dan seluar panjang berwarna terang. Nyamuk suka tempat-tempat gelap. So, elakkan pakaian berwarna gelap. Tapi rambut tu jangan pulak kau pergi blond-kan, hahaa... Kau pakailah minyak rambut ke bagi nyamuk tak suka hurung rambut tu.

2. Pasang kelambu atau jaring di tingkap dan pintu rumah.

Ini adalah salah satu selamat tanpa racun atau bahan kimia cara untuk mengelakkan nyamuk memasuki rumah. Jika nyamuk masih banyak, tidurlah dalam kelambu. 

3. Gunakan pembasmi nyamuk apabila keluar rumah.

Pilih pembasmi nyamuk yang organik dan bebas bahan kimia. Macam-macam jenis mosquito repellent di pasaran sekarang ni kan. Jenis losyen, semburan, sticker, gelang tangan, dsb. Pilih je yang mana berkenan dan ikut bajet masing-masing.

4. Kurangkan aktiviti di luar rumah.

Elakkan aktiviti di awal pagi atau lewat petang, kerana waktu ini nyamuk aktif mencari mangsa. Kalau terpaksa keluar jugak, ikuti langkah 1 dan 3.

5. Jaga kebersihan.

Aspek kebersihan adalah salah satu cara paling berkesan untuk mencegah virus Zika daripada terus merebak. Kita semua perlu bekerjasama dalam menjaga kebersihan dalam satu komuniti.

Korang tau tak, di Singapura 50% kes denggi berjaya di turunkan (dari tahun 1970 hingga 2015) dengan kerjasama dan kesedaran tentang kebersihan dari semua pihak.

6. Periksa air bertakung di sekitar rumah.

Setiap sudut rumah perlu diperiksa secara terperinci agar tiada potensi untuk menjadi tempat pembiakan nyamuk.

Periksa tangki rumah anda, pasu-pasu bunga di halaman rumah dan tempat pembuangan sampah. 

Jadikan ini sebagai aktiviti mingguan sekeluarga. Ajak ahli keluarga untuk sama-sama bantu membantu.   

7. Mengamalkan seks selamat.

Dalam kenyataan Dato Seri S. Subramaniam, virus Zika juga didapati boleh merebak melalui hubungan seks.

Bagi individu yang disahkan mempunyai virus Zika, anda disarankan untuk mengelakkan daripada hubungan seks atau mengadakan hubungan seks yang selamat.

8. Jauhi daerah berisiko.

Di Malaysia, setakat hari ini sudah 2 kes Zika dicatatkan. Satu di Klang. Terbaru, satu kes local transmission di Sabah, dan pesakit ini tidak pernah travel dalam masa terdekat pun. 

Bagi saya, semua tempat berisiko jika penduduknya memandang remeh tentang hal-hal kebersihan dan tidak mengambil langkah pencegahan yang sewajarnya.

9. Tingkatkan sistem imuniti badan anda.

Since Zika ni takda ubat atau vaksin, eloklah sekiranya kita ikhtiar cara lain untuk memperkuatkan sistem imun kita. 

Saya sekeluarga pilih Nutriferon untuk tingkatkan sistem imun secara semulajadi. Nutriferon adalah campuran fitonutrien yang berkesan dan selamat memberi sokongan imun yang tepat pada peringkat sel. Terbukti dengan kajian ke atas manusia, bukan tikus makmal tau.





Jom bertindak sekarang! Mainkan peranan dan tanggungjawab masing-masing kerana virus Zika merebak dengan sangat cepat. 

Tiada Aedes, tiada denggi, tiada Zika.



Ingin dapatkan vitamin terbaik Shaklee untuk kesihatan diri dan orang tersayang?
Hubungi saya di 0194772103.
COD : Larkin, Majidee, Kempas, Tampoi, Bandar Baru Uda


Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Bersalin Puteri Sulung

Tips Cepat Sembuh Ketika Demam

Super Like : Buds Organic for baby