Fungsi dan Kelebihan Minum Air Putih

Assalamualaikum


Selalu Zah nasihatkan jika mengambil supplemen Shaklee atau apa-apa sahaja jenis supplemen lain perlu minum air putih sekurang-kurangnya 3L sehari.

Bagi yang dah biasa minum air masak tak menjadi masalah. Bagi yang tak suka dan tak biasa minum air putih, mungkin menghadapi sedikit masalah untuk memulakan langkah ni.

Kenapa perlu minum air yang banyak jika ambil supplemen?

Supplemen semulajadi Shaklee menyingkirkan toksin dari tubuh disamping memperbaiki sel-sel yang rosak. Proses ini memerlukan air. Jika kekurangan air, tubuh akan mengalami keadaan yang dinamakan sebagai healing crisis. 

Tambahan pula, supplemen Shaklee ada dalam bentuk concentrated, iaitu kandungan yang sangat pekat. Kekurangan air akan menyebabkan darah menjadi pekat. Sebab itulah perlu minum banyak air putih seperti air masak dan air mineral.

Berbeza apabila kita mengambil buah-buahan asli sebagai vitamin dari sumber organik semulajadi, dalam buah-buahan itu sendiri sudah mengandungi air. Tapi tahap kepekatan nutrisi dalam sebiji buah jauh lebih rendah dari sebiji pil vitamin. 

1 biji pil Vita-C 500mg Sustained Release = 7 biji buah Oren

Berapa banyak kandungan air dalam 7 biji oren tu?
Banyak kann..


Jadi bila ambil supplemen ni, jumlah pengambilan air perlulah di tambah untuk mendapatkan kesan yang optimum.


Antara kelebihan lain minum air putih :

1. Menguruskan badan
Khabar gembira buat para wanita yang tengah berdiet. Air putih tidak mengandungi kalori, gula ataupun lemak dan ini ternyata mampu mengurangkan berat badan kita. 

2. Meningkatkan kesuburan
Air putih dapat menghasilkan hormon testosteron pada kaum Adam serta hormon estrogen pada kaum Hawa.

3. Melancarkan sistem pencernaan
Minum air putih dalam kuantiti lapan gelas setiap hari akan melancarkan sistem pencernaan. Ia dapat menghindarkan dari mendapat sembelit malah pembakaran kalori juga akan berjalan dengan efisien.

4. Melambatkan proses pertumbuhan zat yang menyebabkan kanser
Air putih bukan saja melambatkan pertumbuhan zat penyebab kanser malah ia juga dapat membantu mencegah penyakit hati dan ginjal.

5. Perawatan kecantikan
Kekurangan pengambilan air putih menyebabkan tubuh menghadapi kesulitan untuk menyerap air, sekaligus mengakibatkan kulit kering dan berkerut.

6. Tubuh lebih segar dan sihat
Khasiat air putih bukan sekadar untuk membersihkan tubuh saja tapi juga sebagai zat yang sangat diperlukan tubuh. Kita mungkin dapat bertahan bila tidak makan beberapa hari namun tidak mungkin dapat bertahan jika tidak minum air. Ini kerana air merupakan bahagian terbesar dalam komposisi tubuh manusia.

7. Menyihatkan jantung
Air putih juga diyakini dapat menyembuhkan penyakit jantung. Bahkan pada saat ini juga sudah banyak perubatan altenatif yang memanfaatkan penggunaan air putih.

8. Ubat kepada penyakit strok
Air putih tidak hanya digunakan untuk mengubati berbagai penyakit kulit, namun sangat efektif untuk mengubati penyakit lumpuh. Ini kerana air dapat membantu memperkuatkan kembali otot-otot dan ligamen serta melancarkan sistem peredaran darah dan sistem pernafasan.


AIR kosong PENAWAR pelbagai jenis PENYAKIT

Kajian para sainstis mendapati  amalan minum air sebaik bangun dari tidur setiap pagi mempunyai manfaat. Japanese Medical Society, misalnya berjaya membuktikan dalam kes-kes tertentu. Amalan ini mampu memulihkan penyakit termasuk yang serius.

Diantara penyakit yang termasuk dalam penyelidikan persatuan di Negara matahari terbit ini ialah sakit kepala, sakit-sakit badan, system jantung, arthristis, degupan jantung yang pantas, epilepsy, lemak berlebihan, bronchitis, tibi, meningitis, buah pinggang, dan jangkitan pada air kencing.


Info-info lain tentang fungsi air terhadap tubuh :




  • Kandungan air dalam tubuh yang mencapai 90% berfungsi dalam proses pencernaan, penyerapan, makanan, kitaran, menghasilkan air liur, pemicu nutrisi tubuh, serta menjaga suhu badan.
  • Apabila otot berasa sakit dan penat, ia menandakan cecair dalam tubuh kita tidak seimbang. Oleh sebab itu, disarankan untuk minum lebih banyak air sebelum dan ketika bersukan bagi menggantikan cecair yang hilang melalui perpeluhan.
  • Air juga berfungsi dan mampu mengawal kalori, ia dapat mengurangkan pengumpulan lemak berlebihan di dalam badan. Sayur-sayuran, sup, gandum dan kekacang antara makanan yang mengandungi banyak air serta mengalami penyerapan yang perlahan. Ini menyebabkan kita mudah berasa kenyang dan ia mengurangkan pertambahan kalori.
  • “Sampah” utama dalam tubuh adalah ‘nitrogen urea’ yang larut dalam air, kemudian disaring oleh ginjal dan dibuang melalui air kencing. Ginjal akan bekerja dengan air sekiranya air dalam tubuh seimbang. Tubuh yang cukup air menghasilkan air kencing yang berwarna terang, tidak berbau dan mengalir lancar.
  • Air juga berfungsi menjaga proses pencernaan. Sekiranya air di dalam tubuh kurang, usus besar akan menyerap kembali cecair dari kotoran. Keadaan ini akan menyebabkan berlakunya sembelit atau sukar buang air besar kerana terlalu kering.




Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Bersalin Puteri Sulung

Tips Cepat Sembuh Ketika Demam

Super Like : Buds Organic for baby