Pot's Industries Johor Bahru

Assalamualaikum...

Kali ni nak share satu tempat makan+hangout best kat johor bahru. Sebelum ni dah pernah datang tapi tak berpeluang untuk merasa makanan kat sini sebab parking sangatlah limited. That day kami ada urusan lain nak kena settle, so terpaksa makan kat tempat lainlah.
Actually ada banyak lagi parking space tapi kena jalan sikitlah untuk sampai tempat ni.

So, semalam ada rezeki finally dapatla singgah makan malam kat sini. Tu pun unplanned. Last minit husband ajak. Kat mana tuhh? 👇

Pot's Industries!!!


Cantik kan backyard ni? Actually tempat ni asalnya rumah, tapi dah buat some renovation berkonsepkan retro & vintaj. Kat tingkat atas ada butik jual pakaian local brand. The atmosphere is very nice & cozy. Sesuai untuk makan sambil chit chat, santai-santai gituu...

Sorry takda snap pic depannya sebab masa datang tu perut dah nyanyi sakan lapaq terketaq-ketaq dah cheq niii..huhuu



Yang ni husband punya dinner, Aglio Olio.
Tengok mata si Hilman tuuu...hahaa..
Macam nak terkam udang tu je. Sabaq na adik, belum ada gigi lagi.




Mine is Pots beef burger. Burger ni sangat sedap habaq hang, dan saiz sangat besaq untuk perut kecik macam saya ni. Tapi jangan risau, sedap punya pasai dapat gak habiskan..hahaa
Order jugak potato wedges, dah tinggal separuh baru burger sampai. Nampak sangat kuat melantak..kikikiii

Dari segi harga, I would say affordable. Lagi sedap & berbaloi dari Secret Recipe. Bahan-bahan yang digunakan adalah fresh & halal so tak perlu risau.

How to get here?


Buka setiap hari kecuali Isnin. Operation hours 3-11pm. Check their instagram for more info ya.




;)


Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Bersalin Puteri Sulung

Tips Cepat Sembuh Ketika Demam

Super Like : Buds Organic for baby